Friday, December 25, 2009

Ruhil

Selain artis berkumpulan, dan penyanyi solo lelaki dan wanita, era rock 80an juga diserikan dengan kehadiran beberapa penyanyi remaja seperti Ruhil, Andrian dan awal 90an ada kumpulan Lela. Ruhil atau nama penuh beliau Ruhil Amani Hussein lahir pada 13 April 1973 di Kuala Lumpur. Mula menyanyi sejak umurnye 13 tahun lagi iaitu tahun 1988. Mungkin seblum tu pun dia dah start nyanyi tapi dia popular tahun 1988 sebab masa tu aku tadika lagi.

Lagu popular Ruhil masa tu 'Kawan', bila dengar lagu ni aku mesti teringat masa zaman tadika aku. First time aku dengar kenal Ruhil masa aku ponteng gi tadika, tak ada orang kat umah aku jalan-jalan gi umah member aku. Masa tu kakak sedara dia tengah tengok tv dengan kawan-kawannye (diorang ni sekolah sesi petang time tu). Time tu jugak lah Ruhil keluar kat TV nyanyi lagu kawan, Then diorang pun sembang-sembang la pasal Ruhil. Baru aku tau budak yang tengah nyanyi kat tv tu pun tak abis sekolah lagi.

Sejak lagu Kawan dan Anak Dunia, Ruhil seperti tenggelam dalam industri muzik tanah air. Tahun 90an dia ada keluar satu lagi album (kalau tak silap tahun 1998) tapi album tu pun tak berapa menonjol. Sejak tu dah tak dengar dah cerita pasal Ruhil. Aku pernah terbaca cerita pasal Ruhil kat sebuah majalah, cerita pasal boyfren dia la. Baru aku tau Ruhil ni taste dia orang putih je. Semua Ex-boyfren dia orang putih. tak lama pas tu tahun 2003 dengar dia dah kawen dengan orang putih. Nama laki dia Jamie Wilson Abdullah dan sekarang dah ada sorang anak pompuan, tapi lepas dia kawen memang dia senyap terus tak keluar cerita. orang kata dia dah gemuk sekarang. Bahagia la tu agaknye, Alhamdulillah....

Ruhil - Kawan & Anak Dunia

Wednesday, December 9, 2009

Rusty Blade

Kumpulan Rusty Blade berasal daripada Singapura dan suatu masa dulu pernah digelar Iron Maiden Singapura. Sebab tu dlm gambar tu ada maskot hantu, ala ala Iron Maiden. Tambahan pulak kumpulan ni pernah popular dengan lagu 'langsuir liar'. (Gambar kredit to brader rocKerZ_92@lagendarock.com)

Kumpulan ni asalnya dianggotai oleh Yantzen Juniwan(vocal), Khalid Mobin(guitar), Mamat(2nd Gitar), Razak(bass) dan zan(drum). Mula menghasilkan EP pertama pada tahun 1985 iaitu '786 Ikrar Perwira' dan album pertama mereka menyusul setahun kemudian iaitu 'Tintangan Hidup Dunia'. Boleh dikatakan album paling laku Rusty blade dijual melebihi 100 000 unit. Lagu 'langsuir liar' ada dalam album ni la.

Album 'Berat' menyusul pada tahun 1987 diterbitkan oleh Rusty Blade sendiri dan sesuai dengan namanya, lagu lagu dalam album ni lagi berat dari album sebelum ini. Semasa album ini Leman a.k.a Man karen dari kumpulan Rockers menyertai Rusty Blade memantapkan lagi usaha Rusty Blade untuk muncul dengan lebih heavy dan aggresive. Album ni pun boleh tahan bestnye. Album terakhir Rusty Blade 'Awas' muncul pada tahun 1988, album ni kurang mantap kalau nak banding dengan album Rusty Blade yang lain tapi tetap best.

Selepas berpecah Yantzen menyertai MAY. Kumpulan pertama yang dianggotai beliau ialah 'Heaven Curse' iaitu sebelum menyertai Rusty Blade.

EP Rusty Blade - 786 Ikrar Perwira





Download

Wednesday, December 2, 2009

Zaiton Sameon

Asyik cerita pasal band je, kali ni penyanyi solo la pulak. Sebab zaman rockapak bukan sahaja dimeriahkan oleh band-band rock malah ramai penyanyi solo lelaki dan perempuan memeriahkan zaman rockapak antaranya Ella, Shima, Zaiton Sameon, Sahara Yaakob dan Rohana Jalil. Tapi kali ni aku nak citer pasal Zaiton Sameon. Zaiton Sameon atau lebih gemar dipanggil Eton lahir pada tahun 2 Julai 1956 di mana aku pun kurang pasti. Tapi kalau tak silap aku sekarang dia dok selangor. Zaiton Sameon boleh dikatakan penyanyi lagenda di Malaysia dengan kejayaan lagu lagunya dan juga kisah hidupnya yang penuh dramatik susah nak kata.

Zaiton Sameon berada di kemuncak kejayaannya dengan lagu 'Menaruh Harapan' ciptaan A.Ali dan lirik Habsah Hasan. Masa tu aku yang baru berumur berapa tahun pun tau lagu tu dan sampai sekarang lagu menaruh harapan ni mengingatkan aku zaman masa kecit aku, mana taknye mana2 pergi aku dengar lagu ni. Lagu ini turut memenangi Juara Lagu 87' iaitu Juara Lagu yang pertama diadakan. Semasa zaman kegemilangan beliau berbagai kisah pahit manis beliau disiarkan di media malah masa tu beliau turut dilabel sebagai simbol seks malaysia berikutan penampilan berani beliau. Kalu tak caya cuba korang cari video klip asal lagu menaruh harapan (aku cari tak jumpa). Zaiton Sameon juga pernah reject lagu ciptaan A.Ali walaupun ciptaan A.Ali lah yang berjaya menjulang nama beliau sebelum ini. Alasannya lagu tersebut macam lagu dangdut. Akhirnya lagu tersebut diberi kepada Rohana Jalil dan berjaya menaikkan nama Rohana Jalil. Satu lagi lagu yang mengingatkan aku zaman masa kecik aku.

Pada 21 Februari 1990 Zaiton Sameon terlibat dalam kemalangan selepas balik dari di Batangkali Selangor selepas balik dari membuat persembahan di Kuala Ketil, Kedah. Kata orang masa dia buat persembahan tu ada azan, tapi dia nyanyi jugak. Tapi jangan percaya lagi sebab tak tau kebenarannya sebab aku pun dengar dari mulut orang. Akibat kemalangan tersebut beliau kehilangan anak tunggal kesayangannya Azirwan Abu Bakar dan beliau terlantar koma selama sebulan. Semasa koma tersebut menurutnya dia dibawa melihat siksa alam kubur, tak tau lah betul ke tak. Selepas bangun dari koma mental beliau dikatakan kurang stabil dan sering memanggil nama anaknya. Setelah sihat beliau ada cuba menyanyi kembali tetapi tak sama macam zaiton sameon yang sebelum ni, dan akhirnya menyepi.

Ingatkan dah serik nak menyanyi lagi, rupanya aku baca beliau kini beria-ia nak menyanyi kembali macam dulu sebab itu sajalah yang dia tau. Pada aku kalu nak menyanyi tak ada masalah tapi jangan la sampai membuat maksiat dan melalaikan. Zaiton sameon kini masih lagi menyanyi tetapi hanya dia majlis-majlis kahwin dan di pusat pusat karaoke. Bila ingat balik kisah dia sian pulak dah la tak ada suami, satu satunya anak yang dia ada meninggal pulak, nak menyanyi orang dah tak laku. macam kena pulak lagu menaruh harapan dengan hidup dia

dulu aku sendiri,
Kini masih sendiri,
hadapi hidup ini.
Susah senang diriku,
Tak bertempat mengadu,
seperti Burung kepatahan sayap,
dihati kecil ku menaruh harapan.

p/s: info tambahan, dengar citer kisah Zaiton Sameon akan difilemkan dan pelakon utamanya Nurul (ex-wife Ajai). sesiapa nak tgk video klip menaruh harapan yg asal klik sini.

Zaiton Sameon - Ratu Sensasi








Download:
Part 1
Part 2

Thursday, November 26, 2009

Battle of the Band

Battle of the Band (BOTB) bermula tahun 1986 diasaskan oleh saudara Ali Bakar. BOTB sebenarnya adalah album yang menggabungkan kumpulan-kumpulan yang memperjuangkan muzik rock di malaysia. BOTB yang pertama menampilkan Ella & The Boys, Bloodshed, Lefthanded, SYJ dan Rahim Maarof & Whitsteel. Album BOTB ni memang meletup giler time ia dikeluarkan dengan gambar depannya kereta kebal cukup menggambarkan betapa rock nye album tersebut.

Album BOTB ni membawa impak yang besar dalam sejarah rock di Malaysia, walaupun kumpulan rock telah wujud sebelum album ini dikeluarkan. Boleh dikatakan album ini ialah pencetus zaman kegemilangan rockapak. Selepas album BOTB keluar, banyak siri BOTB live concert diadakan di seluruh negara terutama dia Penang, Perak dan Johor. BOTB live concert ini bertujuan untuk mempromosi album BOTB dan ditambah dengan persembahan kumpulan-kumpulan rock popular lain pada masa itu. Sejak tu bermulalah era kegemilangan Rockapak. Mana-mana pergi pun boleh tengok brader pakai seluar jeans ketat koyak dengan rambut panjang ala ala sarang tebuan.

Harga album ni masa tu RM7.90 tapi kalu korang cari kat kedai sekarang rasanye dia dah gabungkan siap2 BOTB 1&2 dalam satu album. Tak pasti lah berapa ringgit, tapi aku penah jumpa hari tu kat area Slim River masih lagi ada gambar kereta kebal tu kat cover depan dia. Kalau malas nak beli download je kat bawah ni. Tapi BOTB round 1 je lah yang ada. BOTB round 2 dikeluarkan pada tahun yang sama aku pun tak ada. Sesiapa yang ada boleh la share.

p/s: Satu lagu dalam album ni "hapuskan lanun cetak rompak" tak ada, kalau sesiapa ada kasi share la yea. Lagi ni sempena kempen cetak rompak pada masa tu. tapi rasana kempen tu tak berjaya sebab sampai sekarang cetak rompak ada lagi.

reference: lagendarock.com

Battle of the Band round 1








Part 1
Part 2
Part 3

Wednesday, November 18, 2009

The Boys

Ella ratu rock malaysia bermula dengan kumpulan ni lah. Nama betul ella Norzila binti Haji Aminuddin dilahirkan di Gelugor Penang pada 31 Julai 1966 dan dibesarkan di Klang selangor. Ella mula menganyi di kelab kelab malam dan launges, di situ lah dia jumpa dengan kumpulan The Boys yang diketuai oleh Lord dan akhirnya Ella menyertai kumpulan tersebut sebagai penyanyi dan menggelar diri mereka Ella & The Boys. Kumpulan The Boys terdiri daripada Lord (Gitar), Ayie (Bass) & Mie (Drum). Penampilan pertama diorang dalam battle of the band tahun 1985 dan diikuti battle of the band 2 pada tahun 1986. Album pertama yang diberi judul Ella & The Boys juga keluar pada tahun yang sama. Time tu lagu 'Dua Insan Bercinta' memang top giler aku yang time tu kecik lagi pun boleh ingat lagu tu walaupun time tu aku tak kenal pun ella, tau lagu je. bila dah besar ni mulalah tercari2 balik lagu ni, selain tu lagu 'Hanya Secebis Jawapan' pun layan gak. Cuma aku tak penah denga time kecik2 sbb tak cukup popular kot. Kemudian pada tahun 1987 Ella & The Boys keluar dengan second album berjudul 'Anak Merdeka' tapi tak seberjaya diorang punya 1st album dan tak ada lagu yang pernah aku denga masa kecik dulu dlm album ni.

Ella bersama kumpulan The Boys bertahan selama 3 tahun sahaja dan kemudian membawa haluan sendiri menyanyi secara solo dan keluar dengan album solo pertamanya 'Pengemis Cinta' dan lepastu rasanye Ella lebih popular daripada kumpulan The Boys. Sementara itu kumpulan The Boys keluar dengan penyanyi barunye Shima yang juga tak bertahan lama dengan kumpulan tersebut. kalau tak silap shima keluar satu album sahaja dengan kumpulan tersebut iaitu 'Kelkatu Gugur Sayapnya' dan kemudian keluar solo dan lebih berjaya dengan album solo.

Kumpulan The Boys yang dah dua Kali kehilangan penyanyi perempuan memang tak serik dengan penyanyi perempuan, sebab itu dah jadi tredemark diorang kot. Penyanyi diorang yang berikutnya ialah Tia. Sempat keluar satu album tapi aku tak ingat apa tanjuk album dia. tapi kali ni diorang tukar nama band kepada Lord Justice. aku rasa album ni tak berjaya langsung pun sbb aku tak pernah jumpa album ni kat kedai mahupun pun kat tenet tapi aku pernah baca kat URTV lama.

Pada tahun 1998 Lord keluar balik selepas lama menyepi dan masih mengekalkan nama Lord Justice. Kali ni dengan penyanyi Moshek (kalu tak silap aku nama betul dia Norhayati, mcm mana boleh jadi Moshek ntah). Fist time korang dengar suara dia mesti korang ingat lelaki yang nyanyi heh heh. Kalau ada masa nanti aku up album dia. sekarang aku jarang upload sebab internet slow giler, buat sakit hati je upload. Sekarang aku kasi korang album first kumpulan The Boys bersama Ella. Moshek pernah keluar satu album berjudul Buldozer, lagu paling aku suka 'Pesanan Tok Moyok' Gothik sket la he he.








Ella & The Boys - Ella & The Boys
Download

Wednesday, November 4, 2009

Desire













Album pertama Sumpitan Senja (1988) Ranzmie yang juga tak silap ketika final Juara-Juara Rock 87 berjaya memenangi Vokalis Terbaik.
Kalau didengar gerakan suaranya,jelas persis Hatta Junction...
Tapi tak lama Ranzmie ni kerana dengar-dengar selepas keluar album pertama ni,dia ditangkap atas kesalahan Dadah!!!!!!

Album kedua +.-.x,/ (1989) berjaya tampilkan Johan sebagai vokalis.
Ternyata berlainan dengan vokalis Ranzmie.Johan kelihatan lantang suara,dan Desire berjaya dapatkan Bias Cinta sebagai killer song atau sekarang lagu "malar hijau"...
Bagi aku..the best album Desire pernah hasilkan dan suatu yang memeranjatkan,Desire"ciplak" lagu Postmortem dalam karya Angkara Manusia


Kata Kata Kata (1990) lahir sebagai album ketiga dengan penampilan Eury Khan sebagai vokalis.Ini suatu album yang outstanding gua fikir tapi dek kerana peminat kurang menghayati lagu-lagu Desire ketika itu,album ini agak ketinggalan..walhal boleh dikatakan sebuah album yang Heavy!!!!!!!!!

INFO TAMBAHAN: Nama asal kumpulan ini ialah D'ZAI. Vokalis asal D'ZAI adalah Sheeda dangdut yang kemudiannya dipercayai menjalinkan hubungan cinta dengan Roslie - gitaris kumpulan tersebut pada waktu itu!

selepas album KATA-KATA-KATA mereka menukar nama kepada NOBAT dan melahirkan album "Ketam-Ketam Batu" tak beberapa lama selepas itu mereka dipaksa tukar nama kepada S.O.S pulak .. boleh dikatakan setiap album kumpulan ini dinyanyikan oleh vocalist yang berlainan.

**Kredit to: lagendarock.com

Desire - +.-.x,/








Download:
Part 1
Part 2

Thursday, July 23, 2009

Aryan


Kumpulan Aryan ditubuhkan pada tahun 1990 dianggotai oleh saudara Atan sebagai penyanyi, Arul sebagai pemain gitar, Amran pemain Bass dan Arby pemain drum. Kumpulan ini berasal dari selangor, pada awal penubuhan mereka menggelar kumpulan mereka Seven Stone sempena nama tempat asal mereka batu tujuh kalu tak silap dekat Tanjung Karang selangor. Ada juga sumber mengatakan nama asal kumpulan ini ialah Skill sebelum ditukar kepada Aryan. Aryan adalah sebuah kaum di Eropah yang wujud pada pada lewat kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, tetapi kumpulan ini tiada kena mengena dengan kaum tersebut kerana nama Aryan itu diambil sempena gabungan nama nama ahli kumpulan ini. Dengar cerita salah seorang ahli kumpulan telahpun meninggal dunia tapi tak sure mana satu. kumpulan ini pernah melahirkan sebuah album berjudul Baiduri Cintaku dan popular dengan lagu tersebut pada tahun 1990.

Download Aryan - Baiduri Cintaku

Monday, July 20, 2009

Blackshed

Kumpulan Blackshed ini diasaskan pada 1990, dan tertubuh dari penukaran nama bagi kumpulan Bloodshed selepas kehilangan penyanyi utama mereka, Rasdan.

Kumpulan Blackshed pernah menghasilkan album sulung mereka yang juga merupakan satu-satunya album yang dihasilkan oleh mereka, bertajuk "Villa Misteri " bersama vokalis baru mereka.

Album mereka mendapat kejayaan lagu lagu "Menggengam Bara". Bagaimanapun selepas penerbitan album tersebut, anggota kumpulan Blackshed mulai sibuk dengan kerjaya masing-masing yang akhirnya membawa kepada perpecahan kumpulan tersebut

**Credit to ms.wikipedia.org


Download Album Blackshed - Villa Misteri

**Ekkk Link dah mati...

Monday, July 6, 2009

Sweet Charity










Kumpulan Sweet Charity sebuah Kugiran yang mula ditubuhkan di Singapura pada tahun 1967 oleh anggota asalnya iaitu Ramli Sarip (Vokal), Joe Salim(Gitar),Wahid Warren(Bass), Rahman Sarbani (Drum)

Sweet Charity jugalah yang mempopularkan muzik rock sehingga mereka dilabel sebagai Deep Purple dan Santana Singapura! Kebanyakkan kumpulan rock generasi baru seperti Search, Lefthanded dan lain lain yang seangkatan menjadikan lagu-lagu Sweet Charity sebagai lagu awal mereka sebelum meneroka jauh ke bidang muzik rock tanahair. Lagu-lagu seperti Kamelia, Teratai, Sejuta Wajah, Hilang Gelap Terbitlah Terang cukup memberikan kesan yang begitu mendalam terhadap industri rock yang baru menapak dirantau sini ketika itu. Menjadi masyhur di Nusantara melalui lagu Kamelia (lagu asal Ebiet G.Ade) yang telah diberi suntikan irama yang lebih 'keras' dengan suara nyaring dan serak basah Ramli Sarip.Sweet Charity juga terkenal dengan road show mereka di seluruh negara pada 1985 bersama Kumpulan Blues Gang yang ditaja oleh pengeluar kasut North Star. Walaupun membawa imej rock ala Deep Purple tetapi mereka amat kuat berpegang pada agama Islam, pernah terjadi di satu show di Ipoh , seorang promoter konsert telah menyuruh seorang budak menghantarkan arak sebagai hadiah dari promoter, tetapi alangkah terkejutnya budak itu kerana didapati ahli kumpulan Sweet Charity sedang solat @ sembahyang berjemaah sebelum konsert bermula.

Pada tahun 1986, Sweet Charity juga turut membintangi filem yang bertemakan cetak rompak iaitu filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani. Pada tahun yang sama,Ramli Sarip berpisah dengan kumpulan Sweet Charty dan menukar haluan menjadi penyanyi solo dengan album solonya yang pertama - RAMLI SARIP yang popular dengan lagu Panah Beracun. Anggota-anggota yang lain masih meneruskan kumpulan Sweet Charity,sehingga lahirnya sebuah album dengan menampilkan seorang penyanyi wanita bernama Zaitun,yang berjudul 'Sweet Charity '88'. Walaupun mereka telah lama tidak bersatu, tetapi pada tahun 1995,mereka telah melakukan 'reunion' dan bersama atas nama Sweet Charity dan yang paling masyhur sewaktu di Stadium Negara, KL. Tampil dengan irama rock sejati tetapi masih mengekalkan unsur-unsur kemelayuan sebagai contoh seperti lagu Bulat-Bulat, Jangan Tunggu Lama, Zakiah.

**credit: wapedia.mobi/ms/Kumpulan_Sweet_Charity

Download album Sweet Charity:

Pelarian






Sejuta Wajah

Part 1

Part 2






Batu

Part 1

Part 2






Sweet Charity

Part 1

Part 2






Sunday, July 5, 2009

Blackfire



















Kumpulan Black Fire merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Rock Melayu.

Kumpulan Black Fire kemungkinannya sebuah kumpulan rock Black Metal terawal di Malaysia. Pada mulanya ia ditubuhkan sebagai kumpulan Metal Ghost pada 1982, sebelum menukar nama kepada Blackfire pada tahun 1984. Ia semakin dikenali ramai semenjak tahun 1988, setelah terbabit dengan Konsert Trash Metal yang diadakan di Stadium Negara.

Blackfire dianggotai oleh Azmi Bahari selaku penyanyi, Hadi sebagai pemain Drum, Rammy pemain bass, Joe slaughter dan Jadam sebagai pemain gitar jemputan.

Blackfire juga pernah dianggotai oleh beberapa nama besar dalam bidang muzik Malaysia seperti CD Sil Khannaz, Stona Silent Death dan Din pendita gila.

**Source: ms.wikipedia.org

Download album Blackfire - Lahirnya Dari Api

Jump-P




















Jump-p consists of a group of musicians, each with 15 years of experience. With the collaboration of ideas and expertise from each member, they have come up with their debut album entitled "Halusinasi" on the 23rd of March, 2006. The production of this debut album was totally the result of all the band members' own contribution, in their studio situated in Gombak, owned by the lead vocalist Oney. With all their hard work and persistence in producing the album, they have created their own history in music making, by having their own music arrangements and mixing, with the band playing all the songs on their own. The lead vocalist is Oney who was a former singer with the bands "Lipan Bara" and "May". The guitarist Joe, was an ex band member of "Double Line" in the late 90's. The bassist, Bad, was a band member of "Scandal", "Handy Black", "G.E.T" , "Strangers" and "e.y.e". The drummer, Lee, was formerly with "AXL,S". The keyboardist, BoyRazak was a member of the band "Headhunters", well-known in the club scene in Borneo. He had also won the title of Best Keyboardist in the Yamaha Asiabeat National Competition 2005/06 in Kuala Lumpur. The members of the band are also sessionists, arrangers and composers for other artistes and groups.

At present, Jump-p is now producing their second album and they hope to launch it by 2009. The new album will be different from their first, and they hope to surprise their fans with their new brand of music. Jump-p wishes to thank their fans for their constant support. They hope to meet their fans very soon at the launch of their new album and at the concerts they have planned in the making. Lastly, Jump-p hopes that their fans will always give their support to our local music industry.

**Source: http://www.myspace.com/jumpp03

Download Jump-p - Halunisasi