Monday, February 13, 2012

Kashmir Stone

Ramai yang tak tahu kewujudan kumpulan ni sekitar tahun 1998, mungkin sebab tak ramai yang suka dengar lagu Tamil atau mungkin hanya orang india je yang dengar lagu Tamil. Kumpulan Kashmir stone yang rata rata ahlinya berasal dari Kajang dianggotai oleh Brahma (Vokal/gitar), Arun (Bass/Gitar/Penyanyi latar), Andrian (Gitar utama), Jika (Drum). Semasa interview di radio RFM satu ketika dahulu diorang bagitau diorang letak nama Kashmir Stone sebab diorang suka dengan perkataan Kashmir dan disebabkan diorang minat sangat dengan Rolling Stone maka diletakkan perkataan Stone di hujung nama kumpulan maka jadilah Kashmir Stone.

Rata rata ahli kumpulan ni boleh main lebih dari satu alat muzik dan berbakat mencipta lagu sendiri, contohnya Brahma pada awal penubuhan Kashmir stone bermain drum tapi kemudiannya dia menjadi vokalis merangkap pemain gitar. Jika pula selain bermain drum beliau juga mengajar bermain alat muzik melayu seperti gendang dan kompang sebagai part time. Arun, sebelum menyertai Kashmir Stone bermain untuk band di gereja mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik dan boleh memainkan apa saja jenis muzik daripada lagu gereja hinggalah ke lagu metal. Andrian pula selain bermain gitar untuk Kashmir Stone adalah merupakan professional studio sessionist dan juga private guitar tutor.

Kalau tak silap aku kumpulan ni sempat keluarkan tiga album iaitu '80s Remix', 'Manga Thoppu' dan 'Nande Kathey', tahun album dikeluarkan aku tek berapa pasti. Banyak lagu diorang yang best antaranya 'Malaysia Makkel' yang selalu dimainkan oleh Isma Halil semasa beliau menjadi DR di THR dulu, boleh dikatakan setiap malam dia pasang lagu 'Malaysia Makkel' ni. Antara lagu lain yang sedap seperti 'Sorgam Naduviley', 'KL City Kulle' dan lagu slow rock seperti 'Rozzana', 'Oh My Love' dan 'Neethane'. Tiga lagu slow rock ni memang tangkap shahdu, kalo tak caya cubalah dengar.

Cuma kesilapan kumpulan ni pada pendapat aku diorang kalo tak silap ada satu je lagu melayu iaitu lagu 'Setiap Malam' tapi lagu ni pun tak sehebat mana kalau nak dibanding dengan 'Rozzana', 'Oh My Love' dan 'Neethane'. Kalau diorang ada banyak lagu melayu yang best macam lagu 'Rozzana', 'Oh Mylove' dan 'Neethane' aku rasa diorang boleh pergi lagi jauh dan mendapat tempat di hati pendengar melayu. Bila dah mendapat tempat boleh la diorang promote lagu tamil diorang pulak. Sebab bukan senang nak jual lagu tamil dekat pendengar Melayu dan bukan senang nak jual lagu rock dekat pendengar India. Apapun, diorang memang layak untuk dipuji kerana masih boleh dianggap berjaya memperjuangkan lagu rock tamil di Malaysia walaupun kejayaannya tak segemilang kumpulan wings atau search.

Selepas Kashmir Stone, Brahma menyertai kumpulan rock tamil baru iaitu Rajhula pada tahun 2008 dan keluar dari kumpulan tersebut pada penghujung tahun 2008 dan takde berita terbaru mengenai beliau hingga sekarang.

Kashmir Stone - Rozzana

Kashmir Stone - Oh My Love

Monday, January 2, 2012

Garuda

Selain daripada menjadi maskot pasukan dan syarikat penerbangan Indonesia, ramai yang tak tahu GARUDA juga merupakan salah sebuah band rockapak dari Malaysia yang pernah muncul sekitar tahun 1991. Nama asal kumpulan ini ialah Farmosa, diasaskan oleh bekas penyanyi Handy Black iaitu Isa Rahman. Dianggotai oleh Isa Rahman (Vokal), Zaini (Gitar), Man Tobey (Bass) dan Yem Sambora (Drum). Man Tobey adalah pemain bass asal kumpulan XPDC sebelum Azuar, beliau juga pernah menyertai kumpulan meditasi. Manakala Yem sambora pula selepas kumpulan Garuda berpecah beliau menyertai kumpulan Crossfire dalam album espirit de corp. Kumpulan Garuda sempat mengeluarkan satu album pada tahun 1991 berjudul 'Bahtera Mahkota' diterbitkan oleh Samad Mean. Antara lagu hits mereka Bahtera Mahkuta, Rahsia Tapi Nyata, Terpijak di Bumi yang Nyata dan banyak lagi. Ramai juga komposer hebat yang menjayakan album diorang ni antaranya Ramli Sarip, Samad, Man Kidal dan Arab. Tapi entah kenapa kumpulan ini berpecah sebelum sempat mengeluarkan album ke-dua, anggota kumpulan ini membawa haluan masing-masing dan Isa Rahman membuat album solo pertama beliau berjudul Isa Rahman pada tahun 1992.

Download
Garuda - Bahtera Mahkota (1991)

Sunday, December 25, 2011

Fair

Kumpulan Fair ditubuhkan pada kalau tak silap aku tahun 1989 tapi dah berapa album kumpulan ni tak dapat dikesan. Yang aku tau cuma satu album saja iaitu 'Jemputan Khas' yang diterbitkan pada tahun 1996 oleh LY. Pada masa tersebut, kumpulan yang berasal dari segamat Johor ni dianggotai oleh Azul (Vokal), Jasni (gitar), Along (Bass) dan Eddie (Drum). Lagu hits mereka dalam album ni seperti 'Terlanjur menyintaimu' ciptaan saari amri & LY, 'Pantai Pasir Hitam' dan 'Andai Aku Terluka'.

Walaupun kumpulan ni berjiwa rockapak dan dipengaruhi oleh muzik trash dah metal seperti Iron Maiden, DIO dan Black Sabbath tetapi disebabkan lagu-lagu rock jiwang mendapat sambutan hebat pada masa tersebut maka kumpulan ni pun mengikut sahaja citarasa pendengar pada masa tersebut dengan membawa lagu-lagu rock jiwang. Kumpulan ini seangkatan dengan kumpulan rock jiwang lain seperti kumpulan budak kaca mata, AXL's, Scan dan screen. Namun begitu kumpulan ini gagal memberikan saingan yang kuat kepada kumpulan rock jiwang lain dan kurang mendapat sambutan pendengar pada masa. Ditambah lagi dengan kegawatan ekonomi yang teruk pada tahun 1997 yang memburukkan lagi keadaan menyebabkan ahli kumpulan ini mengambil keputusan untuk berpecah dan membawa haluan masing-masing.

Hanya vakalist yang juga pengasas kumpulan ini iaitu Azul masih belum berputus asa dengan kumpulan Fair ini dan cuba melakukan come back sepuluh tahun kemudian (2006) dengan menampilkan muka baru dalam Fair. Namun usaha itu sekali lagi menemui kegagalan kali ini disebabkan banjir besar yang melanda Johor pada tahun 2006 yang telah memusnahkan mini studio bersama sama instrument milik kumpulan ini.

setelah empat tahun menyepi, pada awal tahun ini (2011) sekali lagi Azul muncul bersama anggota baru kumpulan Fair terdiri daripada Eizlan (gitar), Joe (Bass), Lan (2nd Gitar) dan Ajax (Drum). Kali ini mereka muncul dengan mempertaruhkan satu lagu baru iaitu 'Seindah Bahasa Semanis Bicara'. Namun kumpulan ini seakan tenggelam oleh kehadiran artis reality dan budaya indie yang semakin mendapat sambutan pada masa ini sebab sampai ke hujung tahun aku tak pernah dengar lagi lagu baru diorang tu sebab aku baru je tau diorang ada lagu baru keluar tahun ni sebab tu aku tulis pasal diorang malam ni ha ha. Namun usaha kumpulan ini terutamanya Azul yang tak pernah putus asa dan sentiasa setia dengan irama rockapak haruslah mendapat pujian. Kemunculan Facebook sedikit sebanyak membantu kumpulan ini mempromosikan diri mereka, sesiapa yang berminat dan ingin bersembang dengan Azul boleh la Add beliau sebagai Friend Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100001484070495 . Sesiapa yang ingin mendengar lagu baru kumpulan ini 'Seindah Bahasa semanis bicara' bolehlah download pada link di bawah. sekian.

Fair - Seindah Bahasa Semanis Bicara

Friday, October 14, 2011

Masa Scarecrow

Kumpulan Masa terdiri daripada zulkifli Mat Amin (Vocal), Lan (gitar), Mazwan (Gitar), Madi (Bass) dan Saiful (Drum). Kumpulan ini berasal dari Pahang dan nama asal kumpulan ini ialah Scarecrow. Oleh kerana pada masa tersebut kerajaan melalui RTM menggalakkan penggunaan nama kumpulan dalam bahasa melayu, maka kumpulan ini menurkan nama mereka kepada Masa Scarecrow. Sama kes macam kumpulan Desire yang menukar nama kepada Nobat. Perjalanan seni kumpulan ini penuh dengan kisah dan tragedi, antaranya kisah kematian pemain gitar dan penyanyi kumpulan ni, semuanya telah diceritakan dalam blog sahabat aku CROMIRAMA. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut silalah ke blog sahabat aku ni melalui klik di sini.

Masa - Kingsway

Friday, September 16, 2011

M.A.Y

Satu lagi kumpulan Rock daripada Perak iaitu kumpulan MAY yang berasal dari Manjoi, Perak sekampung dengan kumpulan SYJ. Terdiri daripada Mustaffa (Mus), Nasir (Abu), Mokhtar (Yus) dan Sharip (Man) menubuhkan kumpulan muzik rock keras diberi nama MAY iaitu gabungan daripada nickname mereka.Menariknya kumpulan ni tak pernah bertukar pemain muzik, hanya penyanyi bertukar beberapa kali.

MAY mula dikenali setelah menjuarai pertandingan Juara-Juara Rock pada tahun 1986 mengatasi kumpulan rock lain yang juga menyertai pertandingan tersebut seperti Scandals, Burnmark, Metalian dan D'Febians. Dalam pertandingan itu jugak Abu dinobatkan sebagai gitarist terbaik.
Selepas pertandingan mereka tampil dalam album kompilasi pertama ala-ala 'battle of the band' diberi nama 'juara juara rock' (JJR) pada awal tahun 1987. May membawa 6 buah lagu dalam album tersebut iaitu Pemuzik Muda, Derita Bangsa, Gadis Misteri,Kembalilah Semula, Bayangan Hidup dan Sketsa Sebuah Cinta. Kejayaan album JJR menyebabkan terhasilnya album JJR2 pada pertengahan tahun 1987 dan JJR3 pada hujung tahun 1987.

Pada tahun berikutnya MAY tampil dengan album pertama mereka berjudul 'Dilema' dia bawah syarikat rakaman WARNADA. Antara lagu hits dalam album tersebut ialah 'Ku Dalam Dilema', 'Sketsa Sebuah Cinta' dan 'Tiada Lagi Engkau'.

Album kedua MAY adalah album mereka yang paling berjaya sekali sehingga dianugerahkan double award platinum. Majoriti lagu dalam album ini merupakan lagu rancak, hanya tiga sahaja lagu slow rock iaitu lagu 'sendiri', 'cintamu mekar dihati' dan 'cintaku sewangi kasihku'. Aku percaya ramai yang biasa dengar lagu ni, sebab lagu ni memang top tahap gaban masa tu.

walaupun begitu, dalam banyak-banyak album MAY, album yang paling aku suka ialah album ke-3 diorang iaitu album 'Rahsia'. Antara lagu best dalam album 'Rahsia' ialah 'Rahsia Kota', 'Batu Api', 'Pahlawan mimpi' dan 'Black Area'. Lagu slow rock yang meletup dalam album ni ialah 'Gadis Bertudung Putih' ciptaan Nasha Kevin. Terdapat empat lagu slow rock dalam album ini iaitu 'Gadis Bertudung Putih', 'Terukir Janji','Diari Cinta Pertama' dan 'Pasrah Impian Siksa'. Kalau diperhatikan betul betul keempat-empat lagu ni macam bersambung dari pertemuan ke perpisahan dan kembali bercinta. Album 'Rahsia' ini dikeluarkan pada tahun 1990 dan mendapat sambutan yang sangat baik menjadikan MAY antara kumpulan rock yang tak asing lagi di Malaysia.

Pada tahun 1990 jugaMAY memperkenalkan anak didik mereka iaitu kumpulan Hidayu yang dianggotai oleh Tajul yang kini penynyi kumpulan FTG. Mereka keluar dengan sebuah album iaitu 'Perjanjian' tapi tak seperti guru mereka kumpulan ini kurang mendapat sambutan dan berpecah.

Album ke-4 MAY keluar pada tahun 1991 berjudul 'Strategi' tapi kali ini bersama syarikat rakaman Antares Muzik di bawah label Warna Rekod kerana terdapat sedikit konflik antara anggota kumpulan MAY dengan syarikat rakaman lama iaitu Warnada. Malangnya 3 bulan kemudian Antares Muzik diisytiharkan muflis dan ini menjejaskan jualan album ke-4 mereka. Perbezaan syarikat rakaman dan kemuflisan syarikat rakaman ini telah menyebab album 'Strategi' kurang diketahui umum dan aku percaya ramai yang tak pernah dengar lagu-lagu dalam album ini seperti 'Singa Taring Palsu', 'Duri', 'Raja Jiwa' dan 'Strategi'. Lagu Slow Rock pun boleh tahan sedap seperti 'Abadi', 'Empat Sudut Berdiri' dan 'Sendiri Untuk Ke Mana'. Album ini diterbitkan oleh MAY & JS Kevin dan kebanyakan lagu dalam album ini dicipta oleh JS Kevin & MAY.

Kesan daripada album ke-4 yang tidak begitu menjadi mencetuskan pertelingkahan antara Mus dan anggota MAY yang mana Mus masih ingin kembali ke Warnada manakala anggota yang lain enggan. Ini menyebabkan Mus bertindak keluar dari kumpulam MAY dan menubuhkan kumpulan sendiri iaitu kumpulan Strangers.

Kumpulan MAY pula meneruskan perjuangan mereka dengan penyanyi baru iaitu J Yantzen dari kumpulan Rusty Blade dan muncul dengan album ke-5 pada tahun 1992 berjudul Ziet Geist. Album ini diterbitkan di bawah syarikat rakaman Suria Rekod. Antara lagu menarik dalam album ini ialah 'Meniti Suratan', 'Resah' dan 'Renda'. 'Renda' adalah lagu pertama ciptaan M nasir untuk kumpulan MAY. Satu lagi kelainan yang ditampilkan oleh kumpulan MAY dalam album ke-5 ini ialah terdapat empat lagu bahasa inggeris iaitu 'Obsession', 'Vision of Emotion', 'Can't Stop MAY from Rock n Roll' dan 'Atomic War'. Kalau tak silap aku ada naik turun mahkamah jugak isu nama Ziet Geist ni tapi aku lupa la ceritanya. Album ni mendapat sambutan yang baik walaupun tak sebaik album MAY yang sebelum ni.

Tahun 1993 MAY berlakon dalam filem 'Penyu' arahan Z. Lokman. Pada tahun 1994 Album ke-6 MAY dikeluarkan berjudul 'Wira Cyborg'. Seperti Ziet Geist album ini juga memuatkan dua lagu inggeris iaitu 'Exorcism' dan 'Steel Warrior' Antara lagu hits dalam album ini ialah 'Suci', 'Madu Beracun', 'Kau ingat kau siapa' dan 'Wira Cyborg'. seperti album yang lain album ini tetap heavy dan mantap.

Pada tahun 1995 Yantzen keluar dengan album solo berjudul 'Impian' dan menampilkan konsep muzik yang berlainan dengan MAY. Pada tahun 1995 juga MAY sekali lagi beralih syarikat rakaman kali ini dengan BMG rekod. Kumpulan MAY kemudiannya keluar dengan album berjudul Layar menampilkan beberapa lagu baru dan juga beberapa lagu yang dinyanyikan semula oleh Yantzen.

Pada Mei 1995 MAY sekali lagi tampil dengan album baru berjudul 'Ideologi' di bawah syarikat rakaman BMG. Antara lagu popular dalam album ini 'Cuma-Cuma', ''Janji', 'Ikhlas' dan 'Cinta Tersia'. terdapat dua lagu inggeris juga dimuatkan dalam album ini iaitu 'Genocides', dan 'Lets Get Real'. MAY kemudian dikejutkan dengan isu copyright logo mereka kerana mereka masih lagi menggunakan logo lama mereka sewaktu bersama suria rekod menyebabkan mereka terpaksa mengubah logo kepada logo baru.

Album Ideologi adalah album terakhir kumpulan MAY bersama Yantzen. Pada tahun 1997 MAY muncul kembali bersama vokalis baru iaitu Oney dari kumpulan Lipanbara. Konsep kumpulan MAY masih maintain seperti dulu rock keras. Mereka berjaya mengeluarkan sebuah lagi album berjudul Penaklukan. Pada masa ni lagu 'Jemu' menjadi siulan ramai pendengar. penjualan album juga agak baik. Antara lagu popular dalam album ini ialah Lagu 'Jemu', 'Beradu terasing', 'Taklukan' dan 'Penunggang Qada & Qadar'.

Tak lama kemudian pada tahun 1998 trend memetalkan lagu 60an, 70an, dangdut dan lain lain genre lagu semuanya dimetalkan menjadi tarikan pendengar. Ini mengheret MAY untuk turut terjebak menghasilkan album metal lagu lagu 60an dalam album mereka 'Keras'. Antara lagu yang dimetalkan ialah 'Hoi Hoi ya hoi', 'Bunyi Gitar', 'Gila judi', 'Joget Gembira', 'Selamat Tinggal Pujaan' dan beberapa lagu lagi. Album ini juga turut menampilkan dua lagu baru kumpulan MAY iaitu 'Kelibat Siapa' dan 'Bergegar Segunung Rindu'. Lagu 'Bergegar Segunung Rindu' berjaya mencuri perhatian ramai muda mudi terutama kaki jamming keranan rentaknya yang simple dan sedap didengar.

Selepas itu MAY seolah oleh lenyap dari industri muzik. Mus bekas penyanyi MAY yang pada masa tersebut menganggotai kumpulan Wings juga turut lenyap dari mempromosikan album kumpulan Wings 'Mr Barbarik'. Dengar khabarnya Mus menyertai Ayah Pin. Namun pada tahun 2003 MAY muncul kembali dengan menampilkan vokalis lama mereka iaitu Mus. Mereka keluar dengan album baru berjudul 'Sinar'. Album ini mendapat sambutan yang menggalakkan memandangkan kurangnya album rock baru di pasaran. Selepas itu MAY muncul lagi dengan beberapa album tetapi kebanyakannya adalah nyanyian semula lagu lagu lama mereka, tiada album baru dengan 100% lagu baru sehingga sekarang. Album terbaru kumpulan MAY ialah 'MAY 25th anniversary' menampilkan lagu hits lama mereka.

MAY - Rahsia

Saturday, July 23, 2011

Teja

Kumpulan Teja berasal dari negeri mana aku tak berapa pasti tapi maybe Ipoh Perak sebab penyanyi dia orang Perak kalau tak silap. Kumpulan ni asalnya adalah kumpulan Fantasia yang ditubuhkan pada tahun 1988 dan ditukar nama kepada Teja pada tahun 1991 selepas penyanyinya mengundurkan diri dan diganti oleh Rashid Teja.

Teja sempat menghasilkan dua buah album iaitu 'Teja' dan 'Laungan Suci'. Album Teja asalnya adalah album ke-4 kumpulan gersang yang tak dapat diteruskan disebabkan ketiadaan penyanyi mereka iaitu Man Bai kerana Sakit Tonsil. Kumpulan Gersang sempat merakamkan muzik untuk semua lagu dalam album tersebut tetapi berpecah sementara menunggu Man Bai pulih dari sakit dan album tersebut diserahkan kepada kumpulan Teja pada tahun 1991.

Antara lagu yang popular dalam album sulung mereka ialah 'Kau yang tak mengerti', 'Belayar dalam perut paus' dan 'Kenangan semusim cinta'. Ahli kumpulan Teja pada masa ni ialah Rashid (Penyanyi), Zul (gitar), Empy (Bass), Syed (Gitar) & Lan (Drum).

Setahun kemudian Lan dan Zul mengundur diri dan tempat mereka diganti oleh Din (Gitar )& Dino (Drum). Kemudian keluarlah album mereka yang ke-2 iaitu Laungan Suci pada tahun 1992. Antara lagu best ialah 'Kenangan di Taman Cinta' dan 'Laungan Suci'.

Bila dan kenapa kumpulan ini berpecah tidak dapat dikenalpasti. Rashid dan adiknya Indra menubuhkan duo yang diberi nama twins. Sedap jugak lagu diorang antaranya 'kita adalah kita' dan 'satu selamanya' namun mungkin disebabkan kurang mendapat sambutan kumpulan ni tak bertahan lama.

Download

Saturday, June 25, 2011

Alleycats

kumpulan alleycats ditubuhkan pada tahun 1969 di pulau pinang dan mula popular pada tahun 1970an hinggalah membawa ke tahun 1980an. Tonggak utama kumpulan ini ialah David Arumugam dan adiknya Logah. Nama anggota lain aku tak berapa nak ingat, korang boleh la google kalo nak tau sangat. Tapi kalo tak silap aku takde sorang pun anggota kumpulan diorang ni yang melayu, cina dan india je. Sebelum menubuhkan alleycats David dan Logah menyertai kumpulan Super Jets. lepas tu ntah macam mana boleh tukar nama kepada alleycats ntah aku pun tak sure.

Lagu lagu yang penah dipopularkan oleh kumpulan ini adalah seperti hingga akhir nanti, seribu bintang, sampaikan salam cintaku, andainya aku pergi dulu, kalau nak listkan satu satu penuh la page ni sebab diorang dah kuarkan lebih 20 album. Dalam banyak banyak lagu diorang ni lagu sampaikan salam cintaku lah yang paling banyak kenangan pada aku. lagu ni keluar dalam album sampaikan salam pada tahun 1986. Antara kenangan aku ialah masa aku tadika tahun 1988 aku dengan member aku buat drum set guna tin, periuk buruk dan besi besi buruk kat belakang rumah pas tu nyanyi lagu sampaikan salam cintaku. memang best time tu takyah pikir masalah, pagi sampai petang main je.

Alleycats mula menjadi artis rakan dengan album pertama mereka pada tahun 1978 berjudul 'Alleycats'. album ini menampilkan lagu lagu inggeris dan tak begitu mendapat sambutan. Dengan ketidak berjayaan album inggeris tersebut, mereka terbuka hati untuk cuba mengeluarkan album dalam bahasa melayu pula. Dengan beberapa lagu ciptaan M. Nasir dan beberapa komposer melayu lain dan keluar lah album bahasa melayu pertama diorang 'Terima Kasih' pada tahun 1978 juga. Daripada album ini la Alleycats mula popular melalui lagu 'senandung semalam' dan 'Jika kau bercinta lagi'. tahun tahun berikutnya Alleycats terus keluar dengan album melayu iaitu 'Penyanyi' (1979) dan 'Dapatkah?' (1980) dan setiap album tersebut mendapat sambutan.

Alleycats mencapai zaman gemilangnya pada tahun 1981 dimana lagu 'Hingga akhir nanti' mendapat sambutan yang luar biasa dan pada tahun tersebut juga Alleycats membuat konsert pertama mereka di stadium negara. Album seterusnya terus mendapat sambutan dan Alleycats terus popular pada tahun 1980an. Walaupun lagu diorang tak berapa nak rockapak sangat tapi kumpulan alleycats tetap dihormati oleh kumpulan kumpulan rockapak kerana pengaruh mereka dalam kebanyakan peminat muzik rock. Ini terbukti dengan terbitnya album 'Tribute to Alleycats' pada tahun 2007 dimana lagu lagu alleycats dinyanyikan oleh beberapa penyanyi kumpulan rockapak seperti Awie, Rahmat Ekamatra, Saleem, Hattan termasuk M nasir sendiri.

Kumpulan Alleycats kalo tak silap aku tak pernah berpecah cuma beberapa ahlinya mula keluar dari kumpulan tersebut setelah populariti alleycats semakin menurun. Namun kumpulan ini tetap bertahan walaupun dengan dua orang ahli sahaja. Saat menyedihkan bagi kumpulan ini ialah apabila salah seorang anggota asal kumpulan ini yang juga merupakan tonggak utama iaitu Logah meninggal dunia kerana kanser paru paru pada tahun 2007. Logah meninggalkan dua orang anak sorang lelaki sorang pompuan. Pun begitu Alleycats masih tetap ada walaupun hanya tinggal David Arumugam sorang sahaja sehingga kini.

Lupa nak bagitau Alleycats popular dengan imej diorang iaitu rambut afro, aku pernah dengar radio David arumugam kena interview dengan DJ radio, diorang tanya tak pernah terfikir ke nak potong rambut fesyen lain. David kata dia pernah potong dulu tapi dia terima banyak complain dari peminat dan sejak tu dia dah tak pernah tukar fesyen rambut dan kekal dengan rambut afro sampai sekarang. Kalo tak silap aku David Arumugam pun dah bergelar Dato sekarang.

Kepada peminat kumpulan Alleycats, Kumpulan ini akan mengadakan konsert di Istana Budaya pada 16 hingga 18 September 2011 nanti dan buat julung kalinya diiringi band orkestra. Tiket beharga RM65 hingga RM450 - Adoyai. Juga akan menampilkan anak kepada mendiang Logah iaitu Priyadashini, 24.