Sunday, December 25, 2011

Fair

Kumpulan Fair ditubuhkan pada kalau tak silap aku tahun 1989 tapi dah berapa album kumpulan ni tak dapat dikesan. Yang aku tau cuma satu album saja iaitu 'Jemputan Khas' yang diterbitkan pada tahun 1996 oleh LY. Pada masa tersebut, kumpulan yang berasal dari segamat Johor ni dianggotai oleh Azul (Vokal), Jasni (gitar), Along (Bass) dan Eddie (Drum). Lagu hits mereka dalam album ni seperti 'Terlanjur menyintaimu' ciptaan saari amri & LY, 'Pantai Pasir Hitam' dan 'Andai Aku Terluka'.

Walaupun kumpulan ni berjiwa rockapak dan dipengaruhi oleh muzik trash dah metal seperti Iron Maiden, DIO dan Black Sabbath tetapi disebabkan lagu-lagu rock jiwang mendapat sambutan hebat pada masa tersebut maka kumpulan ni pun mengikut sahaja citarasa pendengar pada masa tersebut dengan membawa lagu-lagu rock jiwang. Kumpulan ini seangkatan dengan kumpulan rock jiwang lain seperti kumpulan budak kaca mata, AXL's, Scan dan screen. Namun begitu kumpulan ini gagal memberikan saingan yang kuat kepada kumpulan rock jiwang lain dan kurang mendapat sambutan pendengar pada masa. Ditambah lagi dengan kegawatan ekonomi yang teruk pada tahun 1997 yang memburukkan lagi keadaan menyebabkan ahli kumpulan ini mengambil keputusan untuk berpecah dan membawa haluan masing-masing.

Hanya vakalist yang juga pengasas kumpulan ini iaitu Azul masih belum berputus asa dengan kumpulan Fair ini dan cuba melakukan come back sepuluh tahun kemudian (2006) dengan menampilkan muka baru dalam Fair. Namun usaha itu sekali lagi menemui kegagalan kali ini disebabkan banjir besar yang melanda Johor pada tahun 2006 yang telah memusnahkan mini studio bersama sama instrument milik kumpulan ini.

setelah empat tahun menyepi, pada awal tahun ini (2011) sekali lagi Azul muncul bersama anggota baru kumpulan Fair terdiri daripada Eizlan (gitar), Joe (Bass), Lan (2nd Gitar) dan Ajax (Drum). Kali ini mereka muncul dengan mempertaruhkan satu lagu baru iaitu 'Seindah Bahasa Semanis Bicara'. Namun kumpulan ini seakan tenggelam oleh kehadiran artis reality dan budaya indie yang semakin mendapat sambutan pada masa ini sebab sampai ke hujung tahun aku tak pernah dengar lagi lagu baru diorang tu sebab aku baru je tau diorang ada lagu baru keluar tahun ni sebab tu aku tulis pasal diorang malam ni ha ha. Namun usaha kumpulan ini terutamanya Azul yang tak pernah putus asa dan sentiasa setia dengan irama rockapak haruslah mendapat pujian. Kemunculan Facebook sedikit sebanyak membantu kumpulan ini mempromosikan diri mereka, sesiapa yang berminat dan ingin bersembang dengan Azul boleh la Add beliau sebagai Friend Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100001484070495 . Sesiapa yang ingin mendengar lagu baru kumpulan ini 'Seindah Bahasa semanis bicara' bolehlah download pada link di bawah. sekian.

Fair - Seindah Bahasa Semanis Bicara