Sunday, August 22, 2010

Penyengat

"Kumpulan penyengat tertubuhnya pada tahun1986 dimana Syarikat Recording FGM melamar 4 anak muda diketuai oleh Zaini, Zul, Che Din dan Zam. Kini semua angota telah membawa haluan masing2 oleh kerana ketidakstabilan industri muzik pada masa itu. Ketua kumpulan ini iaitu zaini baru2 ini telah merakamkan 4 lagu ciptaan beliau atas dorongan kawan2. Beliau ingin menyiapkan 6 buah lagi lagu sebelum membuat persediaan rancangan seterusnya." - kredit to Remo.

Tak banyak yang diketahui pasal kumpulan ni sebab memang rare abis. Aku pun first time dengar kumpulan ni masa tingkatan 4, tu pun tengok gambar je, kaset memang tak pernah jumpa. Aku ingat kumpulan ni sampai sekarang sebab namanya yang unik sometimes klaka pun ada tapi lagu diorang boleh tahan gak. Ntah macam mana tadi aku teringat kat kumpulan ni, aku pun cari lah lagu diorang, dapat dua lagu je. Siapa ada full album boleh lah share.

Kumpulan ditubuhkan oleh penyanyi kumpulan ini (Zaini) pada tahun 1987 dan hanya sempat merakamkan satu album sahaja iaitu 'istilah kasih' diterbitkan oleh saudara Jose Thomas dan beberapa lagu dalam album ini dicipta oleh diorang sendiri.







Download
Penyengat - Penyengat & Istilah Kasih

Sunday, July 18, 2010

Moshek

Moshek atau nama sebenar beliau Haryati binti Muhamed mula mencipta nama bersama kumpulan Lord Justice tahun 1993 melalui album berjudul 'Bebas'. Tak ada info mengenai beliau sebelum menganggotai Lord Justice. Album tersebut diterbitkan oleh Lord sendiri dan Moshek pada masa tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Tee (Belum guna nama Moshek lagi). Malangnya, moshek aka Tee gagal mengikut jejak langkah Ella & Shima yang pernah digilap oleh Lord sebelum ini. Album tersebut tak berapa mendapat sambutan sebab rasanya ramai yang tak pernah dengar single dari album tersebut yang berjudul 'Bebas' jugak. Selepas tu Moshek dengan Loard justice terus menyepi tak tau diorang buat apa. Pada tahun 1999 Moshek muncul kembali dengan album 'Bulldozer' diterbitkan oleh Lord bersama Yan Lefthanded. Masa ni zaman kegemilangan XPDC & metal, dan mungkin sebab pengaruh XPDC & Metal yang kuat pada Moshek sampai ada tujuh lagu XPDC dinyanyikan balik oleh beliau dalam album tersebut dan hanya ada tiga je lagu baru, menyebabkan aku teragak agak nak beli he he (Last-last tak beli pun). First time aku dengar lagu 'Bulldozer' masa Isma Halil pasang kat radio RFM rasanya. Masa tu aku tak tau pun siapa Moshek tu, aku ingat band baru yang bernama Moshek dan aku ingat lelaki yang nyanyi lagu tu. Sampai dekat sepuluh kali Isma Halil pasang lagu tu pun aku still ingat lelaki yang nyanyi, sampai la satu hari yang aku tak berapa ingat, rasanya Isma Halil yang interview Moshek kat Radio. Barulah aku tau Moshek tu sebenarnya pompuan. Antara soalan yang aku ingat Isma Halil tanya Moshek, "kenapa cover album you ni mata you kena tutup? macam kena censored je". Moshek jawab "Ntah la gua pun tak tau, sebab mata gua tak cantik kot". ha ha. Tiga lagu Moshek dalam album Buldozer: 'Bulldozer', 'Cangklong Caya Caya' dan 'Pesanan Tok Moyok' semua aku suka, tapi paling best aku rasa 'Pesanan Tok Moyok' sebab ada unsur-unsur Gothic sket. Lepas tahun 99' Moshek hilang balik, album tak laku lagi la kot. Tapi suara dia memang rock!!! sesiapa ada info terbaru pasal Moshek silalah share, facebook dia ke. Nak tau jugak dia masih rock lagi ke, nyanyi lagi ke, dah kawen ke, anak dah sembilan ke..... Thank you, Good Night. Lord Justice - Bebas Moshek - Bulldozer Part 1 Part 2

Wednesday, March 31, 2010

Allahyarham Zulkifli Adnan Razali a.k.a J.S Kevin

Nama sebenar Allahyarham, Zulkifli Adnan Mohd Razali dilahirkan pada tahun 1960 di Perak, aku pun tak pasti mana lokasinya. Allahyarham merupakan penerbit album dan komposer menggunakan nama pena j.s kevin, z.n kevin, joe kevin, mr kevin dan beberapa lagi nama pena pernah digunakan oleh Allahyarham. Tapi nama yang paling kerap digunakan oleh llahyarham ialah J.S Kevin dan beliau memang lebih dikenali dengan nama tersebut. Dalam Album pertama XPDC, 'Darjah Satu' beliau menggunakan kedua2 dua nama J.S Kevin sbg pencipta lagu dan Z.N Kevin sebagai penulis lirik. menurut beliau Z.N Kevin adalah atas nama isterinya supaya isterinya turut mendapat royalti atas lagu yang diciptanya.
Allahyarham merupakan anak bongsu dari lima adik beradik, isteri beliau Noraishah Abdul Hamid dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 8 ogos 2002 pada usia 42 tahun akibat serangan angin ahmar dan paru paru berair.
Sepanjang hayat beliau banyak menghasilkan lagu dan lirik yang telah berjaya mengangkat nama banyak kumpulan rockapak dan artis solo tanah air antaranya XPDC, Wings, Fahrenheit, Hattan, BPR, MAY dan Hattan. Antara lagu lagu yang mendapat sentuhan Allahyarham ialah, 'C.I.N.T.A', 'C.T Cinta Kenangan Silam', 'Titian Perjalanan', 'Hentian Ini' dan 'teman' (XPDC), 'Biarkan berlalu', 'Misteri Mimpi Syakilla' dan 'Inspirasi Shakilla' (Wings), 'Kelmarin yang Pijar', 'Sabar Menanti', 'Kasih Orang Muda', 'Ana' (Farenheit), 'Biar Putih Tulang' (Dinamik), 'Dari Sinar Mata', 'Air Mata Jernih', 'Sudah Sampai Sini' (BPR) dan banyak lagi kalau nak sebut satu satu besok pun tak habis. Aku rasa XPDC paling banyak menerima sentuhan Allahyarham dan lagu lagu Allahyarham lah yang telah mengangkat nama XPDC. 80 peratus lagu dalam Album Pertama XPDC, 'Darjah Satu' adalah ciptaan beliau.
Lagu lagu yang dihasilkan Allahyarham memang mempunyai nilai seni yang tinggi dan dari lirik yag dihasilkan mengandungi unsur keikhlasan dan makna tersendiri. Kebanyakan lagu Allahyarham Aku suka dan pada aku Allahyarham memang tiada pengganti. Walaupun Karya Allahyarham banyak menghasilkan karya masterpiece setaraf dengan M.Nasir dan Ramli Sarip, Allahyarham tetap maintain low profile, jauh dari publisiti dan aku rasa kalau sesiapa selisih dengan dia tepi jalan takkan kenal dia tu J.S Kevin.
Lima tahun selepas pemergian Allahyarham, satu album mengandungi lagu lagu Allahyarham yang tek sempat dirakamkan dihasilkan dan dinyanyikan oleh artis artis rockapak tanah air. Album tersebut berjudul 'Tangisan di Gelanggang Fana', korang boleh download melaui link kat bawah. Album ini mengandungi sembilan lagu Allahyarham J.S Kevin yang belum pernah dirakamkan dan satu lagu didedikasikan untuk beliau berjudul 'Tangisan Di Gelanggang Fana' yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Mentor dalam album 'Idola' ciptaan Harun BPR dan lirik oleh Abdullah Romany dinyanyikan semula beramai ramai.
Akhir sekali Al-Fatihah ke atas roh Allahyarham...

Tangisan di Gelanggang Fana (Tribute to JS Kevin)









Download
Part 1
Part 2

Saturday, January 16, 2010

Andrian

Sungguh Bahagia Hidup Ini
ayah dan ibu disisiku
dipeluk dicium
dibelai dimanja
dipuja dengan kasih sayang

Hari berganti berbilang tahun
bahagia menjelma bencana
ayah di timur ibu di barat
perceraian membawa kehancuran

oh ayah dan ibu
tidakkah kau merasa rindu...
anakmu yang kini hidup menderita
sendiri...


oh ayah oh ibu
ku mengharap kasih sayangmu
kembalilah....

ayah dan ibu dengarkanlah
anakmu yang ingin bersekolah
tanpa dirimu hidupku hampa
sayangi daku ayah ibu...

Siapa ingat lagi lagu ni? Aku percaya ramai yang tau lagu ni terutama sekali kanak kanak 80an dan mesti macam macam kenangan korang dengan lagu ni. Lagu ni berjudul 'Sayangi Daku' pernah popular pada tahun 1987 dinyanyikan oleh Andrian yang masa tu baru berumur 7 tahun. Aku pernah dengar lagu ni masa kecik dulu tapi aku tak ingat part yang dia nyanyi sambil nangis dalam lagu ni.

Andrian atau nama betulnye Andrian Shah Andy merupakan anak kepada penyanyi Allahyarham Andy Yunus dan penyanyi Indonesia Ade Nirmala yang popular dengan filem 'Dendang Perantau' tahun 1979.

Beliau mula menyanyi pada usia 7 tahun dan lagu hits pertamanya ialah 'Sayangi Daku'. Yang aku tau Andrian sempat keluarkan 5 album masa zaman tu iaitu Andrian, Jeritan Anak, Sambal Belacan, Andrian's plus, dan Pendekar Silat. Lagu lain yang popular ialah Cinta Malaysia, Sambal Belacan, Doa Ibu, Nasib si buta, Ayah dll.

Pada tahun 2000 Andrian kembali aktif dalam dunia muzik dan kali ni beliau muncul bersama kumpulan dinamakan '&rian's band' dan sempat popular dengan lagu 'Maafkanlah Sekali Lagi' lepas tu menyepikan diri semula. Album tak laku kot.

Aku try search video klip 'Sayangi Daku' kat youtube tapi tak jumpa. Yang ada video 'Cinta Malaysia' je. Sesiapa yang nak dengar MP3 andrian boleh download kat link kat bwh ni. sekian.

*Gambar kredit to Sezali1970.multiply.com



Adrian - Koleksi Hits
1- Sayangi Daku
2- Doa Ibu
3- Si Tanggang
4- Nasib si Buta
5- Berjoget Dangdut
6- Tari Gembira
7- Jeritan Anak
8- Burung Kakak Tua
9- Ali Baba
10- Sambal Belacan
11- Ayah
12- Yatim Piatu

Download:
part 1
part 2

Saturday, January 2, 2010

Ujang

Walaupun Kartunis ujang tak ada kena mengena dengan industri rockapak tanahair, tapi aku yakin rockers rockers malaysia 80an semua penah dengar kartunis ujang. Mesti penah baca kartun dia dalam majalah Gila-Gila, Majalah kartun paling hot tahun 80an. Jadi boleh dikatakan kartunis Ujang jugak adalah sebahagian dari dunia 80an.

Kalau jumpa balik kartun kartun ujang yang keluar dalam majalah Gila-Gila mesti teringat masa zaman zaman 80an. kartun dia memang unik dan ada feel tersendiri. Ujang atau nama sebanar beliau Ibrahim Anon mula melukis dalam majalah gila gila dengan kartun pertama beliau Loose si Tenggang (Aku pun tak pernah baca kartun ni). Karya karya Ujang yang popular dalam majalah Gila-Gila adalah Aku Budak Minang(ABM), Aca, Intelligence Blues Club (IBC), Jibam (Sambungan dari Novel Jibam).

Kalau korang perasan sebelum ni kat TV2 hari Selasa pukul 8.30 malam ada drama Aku budak minang drama yang diadaptasikan dari kisah hidup kartunis Ujang. Aku tengok Episod first je, pas tu ingat nak follow tapi asyik ter miss je sampai la malam tadi bila aku bukak TV2 tapi drama tu dah habis, dah ganti dengan drama Aca dan Atuk, masih lagi cerita pasal Ujang. Barisan pelakon dia yang aku kenal Hamid Gurkha je yang pegang watak atuk. Kalau orang yang tak pernah baca kartun Ujang mungkin pada diorang drama ni biasa je, tapi pada aku cerita dia memang layan abis.

Dalam best best baca kartun Ujang ni tahu tak korang banyak peristiwa malang berlaku dalam hidup kartunis lagenda Malaysia ni? Beliau dilahirkan di Kg Juasih Kuala Pilah. Beliau mula melukis dalam majalah kartun pada tahun 1984 iaitu dalam majalah Gila gila. Beliau banyak menghasilkan kartun-kartun yang menambat hati pembaca seperti yang aku dah sebut sebelum ni, dan setelah 10 tahun melukis di Gila-Gila beliau meletak Jawatan, pada tahun 1994.

Tak lama lepas tu majalah Ujang keluar di pasaran terbitan Kharisma Publication sdn bhd dan Ujang sebagai Pengarah Pemasarannye. Dengan bermaskotkan Din Beramboi, majalah tersebut mendapat sambutan hangat pembaca di Malaysia dan berjaya mencecah jualan 300 000 unit sebulan. Memang tak heran sebab Ujang memang ramai peminat time tu. Watak din Beramboi mula diperkenalkan oleh ujang sejak tahun 1987 lagi dalam majalah Gila Gila, dan dibawa oleh Ujang ke Majalah Ujang sebagai Maskot. Tapi lepas tu kena saman dengan pelawak Din Beramboi sebab beliau mendakwa Din beramboi tu dia punya copyright. Ujang pulak tak mendaftarkan watak Din Beramboi sebagai copyrightnye kalah dalam kes tersebut dan terpaksa melupakan watak din beramboi buat selama lamanya. sebab tu lah kalu korang perasan dalam majalah ujang diorang dah tak panggil Din Beramboi, diorang dah tukar Pak Cik Din. Dan ditambah pulak dengan watak Lady Din tp bukan idea Ujang, idea siapa ntah. aku rasa sekarang majalah Ujang dah tak lawak dah.

Pada tahun 1997 Ujang meletakkan jawatan sebagai pengarah pemasaran di kharisma enterprise dan menubuhkan syarikat sendiri iaitu multi Tripple Vision sdn bhd dan menubuhkan majalah Varia Lawak. pas tu aku pun tak clear apa yang berlaku, dengar citer ada masalah copyright lagi dan terpaksa tukar nama majalah tersebut kepada lanun. Dan dengar cerita Ujang juga hilang segala copyrights terhadap semua kartunnya gara gara sign agreement tanpa membeca terlebih dahulu atas dasar pecaya pada kawan. sebanarnya Ujang baca draf agreement tersebut tapi kawannye batalkan draf dan tukar kepada yang lain tanpa pengetahuan ujang.

Memang aku kesian la ngan mamat ni, asyik kena niaya je. Segala copyright majalah ujang dipegang oleh MOY yang dulu dikenali sebagai Kharisma, dan ujang terpaksa melupakan semua watak watak seperti pak cik din, usop sontorian, ujang dan lain lain ciptaannya. Kecewa dengan isu copyright beliau kemudiannye menghilangkan diri dan tak dapat dikesan.

Dengar citer ujang menghilangkan diri buat benda yang paling dia suka iaitu memancing. pada tahun 2002 beliau kembali melukis dengan majalah Ujang Budak Minang dan Majalah Malim Pelita tapi tak mendapat sambutan.

Pada tahun 2004 satu lagi kisah sedih dalam hidup Ujang iaitu beliau kehilangan adik kesayangannye Aca kerana accident dilanggar lori dari belakang. Lebih menyedihkan lagi ialah Aca ketika itu sedang menunggu kelahiran anak pertamanya. sebelum menghembuskan nafas terakhir, beliau sempat berpesan kepada orang yang tolong dia masa accident tu supaya menamakan anaknye Nasrullah yang bermaksud pertolongan dari Allah. Seminggu kemudian anaknye lahir dan diberi nama Nasrullah.

Actually masa kecik (macam yang diceritakan dalam drama aku budak minang) Ujang tak suka langsung adiknye tu sebab sejak kelahiran adiknye, mak dia selalu rotan dia dan dia salahkan adiknye sebab merampas kasih sayang maknye. tapi sewaktu mak dia nak meninggal, mak dia pesan kat Ujang supaya menjaga adiknye dan jangan diberi kepada orang lain menjaganya walaupun kakak kakak nye. disebabkan pesan maknye dan melihatkan keadaan Aca yang tak berapa betul akalnye tu lah dia kesian kat Aca dan sejak tu dia sayang giler kat adiknye tu. Satu lagi yang sedih kematian orang tuanye berlaku secara beturut turut, lepas ayahnye meninggal maknye pulak, lepas tu dia dengan adiknye dijaga oleh datuk beliau. di situlah dia dapat ilham lukis kartu Atuk.

Pada tahun 2007 Ujang kembali Melukis dalam majalah Gila Gila, aku pun tak perasan masa tu sebab dah lama tak baca gila gila. aku perasan masa tahun 2009 masa aku naik bas balik JB, singgah kat machap ada jual majalah Gila-gila stok lama tahun 2007 aku perasan katun depan tu kartun ujang. terus aku beli. murah je rm3.50 dua naskhah. Tapi aku rasa dalam majalah tu kartun Ujang je yang best. yang lain mcm lawak bodoh je, maybe sebab banyak kartunis gila-gila yang dah tak ada dalam majalah tu.

Ujang ada bukak bisnes bot kat tasik kenyir kalau korang nak tau. Aku rasa bisnes ni dia setup time dia menghilangkan diri dulu. Oh lupa nak cerita, pada tahunn 2006 heboh orang cerita Jibam akan dimoviekan, dan pelakonnye terdiri daripada Jalil Hamid dan Khatijah tan. Pada aku Jalil Hamid memang sesuai la pegang watak suman bapak si Jibam, memang pilihan yang tepat. aku punya excited tunggu bila nak keluar sebab skrip filem tu dah diluluskan oleh FINAS, tapi sampai sekarang tak keluar keluar rupa rupanya filem tu berenti separuh jalan sebab ada konflik antara penulis skrip, pangarah, produser, creative enterprise dan Ujang sendiri. satu lagi kisah malang Kartunis Ujang.

Tapi aku rasa disebabkan pengalaman yang macam ni lah yang membuatkan beliau tak kering idea nak melukis. sini aku ada link download beberapa part kaset Din Beramboi Radio 9 Pujaan Sirap yang dirakam dek Ujang & beberapa kartunis lain masa Majalah Ujang tengah hot dulu sekitar tahun 1996. Kaset ni mamang tak ada jual kat kedai kaset, kalu nak beli kena order melalui majalah Ujang, sekarang dah tak ada jual langsung dah. Akhir sekali aku nak quote kata kata brader Ujang yang bole dijadikan pedoman kepada sesiapa yang nak jadi kartunis.

"Kau ingat buat kartun macam buat lempeng?"
-Ujang-


p/s: Kalau ado tesalah fakta harap dibotulkan jangan dimarah pulak yo..


Radi 9 Pujaan Sirap
Part 1
Part 2