Sunday, August 5, 2012

Rockers

Kumpulan Rockers berasal dari Singapura, ditubuhkan pada tahun 1979 dengan nama asalnya Killing Machine. Kumpulan itu kemudiannya menukar nama band kepada Rockers sebelum merakamkan album. Album pertama Rockers diterbitkan pada tahun 1988 berjudul Kekejaman. Line-up Rockers ketika itu ialah Johan (vocal), Aziz (Gitar), Rashid (Gitar), Leman a.k.a Man Karen (Bass) & Irman (Drum).

Kejayaan album pertama mereka mendorong Rockers untuk menghasilkan album kedua iaitu Harakah pada tahun yang sama. Tetapi dalam album ini, tempat Man Karen digantikan oleh Hamzah kerana beliau bertindak keluar dari Rockers dan menyertai Rusty Blade.

Pada tahun berikutnya, Rockers berjaya menghasilkan album ketiga mereka iaitu Andalusia sebelum berlaku perselisihan antara Johan dan Rockers mengakibatkan beliau bertindak keluar dari rockers dan melarang Rockers menggunakan nama dan logo Rockers untuk album berikutnya.

Album keempat Rockers burjudul Dukun lebih cenderung kepada speed metal. Kali ini mereka menampilan Jumat sebagai vocalist dan BJ sebagai gitar utama menggantikan Aziz (BJ menyertai Rockers sejak album Andalusia lagi). Dalam album yang diterbitkan pada tahun 1991 ini, mereka menggunakan nama Rockerz dan logo yang berbeza daripada sebelum ini. Disebabkan terdapat masalah dengan syarikat rakaman, album ini kurang mendapat publisiti dan hanya sedikit sahaja dijual. Kumpulan Rockers kemudiannya menyepi pada tahun 1993 kerana komitmen pekerjaan dan family.

Lagu lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Rockers adalah seperti Memori, Kekejaman, Harakah, Rayuan syaitan, Dua insan bercinta, bunga bangsa, Musnah Harapan dan banyak lagi. Boleh dikatakan kesemua lagu yang pernah dibawa oleh kumpulan ini best belaka.

Begitulah serba sedikit tentang sejarah kumpulan Rockers. Kalau nak tahu lebih detail lagi pasal sejarah kumpulan ni, bolehlah baca dalam blog Cromirama. Sepertimana Rusty blade, kumpulan ini juga mempunyai influence Iron Maiden yang kuat dari dulu sampai sekarang. 

Kini kumpulan Rockers masih lagi wujud dan masih aktif mengadakan persembahan di sekitar Kuala Lumpur (Walaupun mereka menetap di Singapura). Namun kumpulan ini terbahagi kepada dua iaitu Rockers dan Rockerz. Kumpulan Rockers dianggotai oleh pengasas kumpulan ini sendiri iaitu Johan sebagai vokalist dan lima lagi anggota iaitu, Man Karen (Bass), Mamat ,Izat & Blackdeem (Gitar) dan Shah (drum). Kumpulan Rockerz pula dianggotai oleh Bob (Vocal), Jumat (Bass), Black (Gitar) dan Irman Masrom (Drum). 

Di sempana hari raya nak dekat ni, berikut adalah lagu hari raya kumpulan Rockers yang pernah dirakamkan pada tahun 1992. Ramai yang tak tahu...

Rockers - Kita Sambut Hari Bahagia

Download:

Friday, June 22, 2012

The Goodman Brothers

Masa aku skolah dulu, mat mat rock area kampung aku selalu minum whisky cap Goodman. Aku ada jugak sesekali join diorang melepak sebab nak dengar diorang main gitar. Tapi aku tak pernah la join diorang minum. Suatu hari tu diorang sebut pasal kumpulan The Goodman Brothers, aku tergelak sampai senak perut. Aku ingat diorang reka je nama kumpulan tu, tapi rupanya kumpulan The Goodman Brothers memang wujud. Bila tau kumpulan ni memang wujud, aku teringin sangat nak dengar lagu diorang. mcm mana la agaknya lagu diorang. Tapi di zaman kaset masa tu dan internet yang belum nak berkembang, memang susah nak cari lagu kumpulan ni. 

Kumpulan The Goodman Brothers berasal dari Singapura, diasaskan oleh Abang Mokhtar pada tahun 1972. Kumpulan ini terdiri daripada Abang Mokhtar sebagai gitaris merangkap vokalis utama, N. Nizar sebagai pemain keyboard dan juga vokalis, Bong Itam sebagai basis dan juga vokalis, Om Omar sebagai pemain drum dan Nona Reybina sebagai vokalis wanita.

Setahu aku diorang ada banyak album, tapi yang aku tau lapan je iaitu "Apalah Daya Orang Tak Suka", "Kong Kali Kong", "Mulut Orang (1982)", "Zaman Perang Jepun", "Semua duit/Sakit Kencing Manis", "Engkau Tahu Aku Tahu (1982)", "Baju Kebaya Kerja Berat (1980)", "Sayang Abang (1980)".

Istimewanya kumpulan ni, hampir keseluruhan lagu dalam album diorang adalah hasil ciptaan ahli kumpulan ini sendiri. Antara lagu popular kumpulan ni ialah "Apalah Daya Orang Tak Suka", "Kong Kali Kong", "Dara Bersedih", "Di Hari Persandinganmu", "Mertua dan Menantu" dan banyak lagi lah.

Pengasas kumpulan The Goodman Brothers iaitu Abang Mokhtar atau nama sebenar Mohd Mokhtar Othman meninggal dunia pada tahun 2009 pada usia 58 tahun meniggalkan seorang balu warga indonesia iaitu Yusnani M Tanius dan empat orang anak. Beliau meninggal di Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat serangan jantung. Ramai yang menyangka Abang Mokhtar dan Hang Mokhtar adalah orang yang sama, sebenarnya kedua duanya adalah individu yang berlainan. Allahyarham Abang Mokhtar dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kebun Teh, Larkin.

Download:

Monday, April 2, 2012

Sil Khannaz

Kumpulan Sil Khannaz taklah 80an sangat sebab demo first diorang bermula pada tahun 1990 iaitu Doctrin to Hell. Tapi aku percaya kumpulan yang berasal dari Perlis Indrakayangan ini telah mula bergiat dalam bidang muzik sejak tahun 80an lagi. Sil Khannaz dalam bahasa Arab bermaksud Pembisik (Whisperer). Kumpulan ni membawa irama black metal, tapi dari lirik yang aku baca dalam album Gerbang Kayangan tak ada yang barkaitan dengan menyembah syaitan pun, tak tau la pulak album lain sebab diorang ni bila dah nyanyi tak tau ujung pangkal apa yang dia sebut.

Antara yang pernah mnganggotai Sil Khannaz adalah Lee Space (Drum), iaitu semasa pembikinan album pertama mereka. Namun beliau terpaksa mengundur diri sebab lebih berminat dengan kumpulan XPDC kumpulan metal mainstream yang dalam pembikinan album pertama pada masa itu. Lee Space juga pernah menggangotai kumpulan Def Gab C dan kumpulan ajaran sesat Ayah Pin (Ini Serius).

Aku malas nak mengulas lebih lanjut pasal kumpulan ni. Korang baca je lah sejarah diorang yang aku translate dari official Myspace diorang.

"Imbas kembali ke tahun 1987 di mana negara ini telah dilanda oleh gelombang rock, tiga sepupu - Jaie, CD dan Din - mendapati diri mereka berkongsi minat yang sama band old-timer black metal tempatan, Blackfire. Diinspirasikan dari kumpulan Blackfire dan penyertaan sahabat mereka, Che Mat, maka terbentuklah Sil Khannaz dengan Jaie sebagai (vokal), CD (gitar), Din (Bass) dan Che Mat (drum).

Memandangkan industri muzik di Perlis tidak kondusif untuk masa depan mereka sebagai sebuah band death metal, Sil Khannaz berpindah ke Kuala Lumpur, dengan harapan untuk untuk berjaya. Mereka telah melalui sedikit kegoyahan apabila Che Mat tidak bersetuju dengan langkah tersebut dan membawa haluan sendiri. Tetapi ahli-ahli lain band tidak kehilangan harapan. .... Kuala Lumpur memang memberi kumpulan ini sedikit lebih ruang untuk bergerak dan lebih banyak peluang untuk mengembangkan bakat muzik mereka.Mereka berjaya mendapatkan beberapa gig kecil di kelab-kelab di KL.

Pada bulan Julai 1990, Sil Khannaz mencatatkan Doctrine to Hell 'demo pertama mereka. Album mempunyai pengaruh black metal tetapi malangnya demo ini kurang mendapat sambutan di pasaran. Walau bagaimanapun ia berjaya untuk menimbulkan minat pada sesetengah pihak. Pada tahun 1991, band ini telah ditawarkan peluang untuk melakukan kompilasi album Death Metal dengan kumpulan Brain Death, Silent Death, Picagari dan Suffercation tetapi projek tersebut gagal. Sil Khannaz tidak berputus asa sedikit pun dan terus mengasah kemahiran muzik mereka dan bermain di kelab-kelab. ....

Semasa bermain di kelab, mereka bertemu dengan Tom, pemain bass, dan Lan, seorang pemain dram (dari Infectious Maggots), dan memujuk mereka untuk menyertai Sil Khannaz. Pada bulan Julai 1992, Sil Khannaz merekodkan demo kedua mereka Assassin Led By Blasphemy. Muzik mereka semakin menarik dengan aturan muzik yang lebih teratur dan berpotensi. Assassin Led By BLASPHEMY menandakan kelahiran muzik Sil Khannaz yang sebenar dan mendapat perhatian penggemar muzik black metal. Dalam demo ini juga, mereka bereksperimen dengan komposisi asal yang menggabungkan irama barat dan mood timur. Demo ini telah diterima dengan baik sehingga menarik minat Label tempatan Valentine Sound Production (VSP) Malaysia ditandatangani Sil Khannaz sebagai artis rakaman mereka. Tetapi sebaik sahaja band ini mula untuk melakar kejayaan, Din terpaksa mengundur diri. Joe Slaughter (Infernal Death) telah direkrut untuk menggantikan beliau. '

Album mereka yang mendapat sambutan luar biasa Conception Of Madness' telah dikeluarkan pada bulan Februari 1993. Ia mendapat review yang positif dan album ini terjual 20,000 unit. Ini mendorong Sil Khannaz mengeluarkan EP 'Pendita Gila' pada tahun 1994. album sendiri yang dibiayai dengan Nebiula Productions. .... Walau bagaimanapun, tak lama selepas itu Tom dan Joe terpaksa meninggalkan band manakala Lan bergelut dengan komitmen untuk Infectious Maggots.Pengganti terus dicari bagi menggantikan Tom dan Joe manakala Lan meninggalkan kumpulan lamanya untuk untuk menumpukan perhatian kepada album Sil Khannaz yang seterusnya. Dengan itu, Hashim Pestilence dan Dark E telah menjadi sebahagian daripada Sil Khannaz. Album Gerbang Kayangan direkodkan pada tahun 1997 dan terjual sebanyak 22,000 unit. Album ini adalah unik kerana ia menampilkan kisah Melayu klasik dan cerita-cerita dongeng dan legenda dari zaman dahulu.

Selepas siri mini tour, Sil Khannaz merekodkan album live, Stronger than Before, pada Hari Kebangsaan Malaysia, Ogos 31, 1998. .... Setahun kemudian, album Conception Of Madness digital-remastered dikeluarkan semula dengan tiga trek bonus. Sil Khannaz kini terdiri daripada Jaie Jokhannaz (vokal), CD (gitar), Dark E (gitar), Hashim Pestilence (Bass) dan Lan Bye (drum). Rekod Label: Productions Nebiula Edaran oleh: PonyCanyon Muzik Album: Conception Of Madness (1992), Pendita Gila Mini Album (1994), Gerbang Kayangan (1997), Stronger Than Before (Live) (1997), Kompilasi Purnama 13 (1999), Conception Of Madness (diisu semula) (1999) dan Bara Pawaka (2000)."

Ada beberapa lagi album yang mereka hasilkan selepas itu seperti Darah muda, Berdiri antara Panji Panji dan TBA

Download:

Sil Khannaz - Gerbang Kayangan

Monday, February 13, 2012

Kashmir Stone

Ramai yang tak tahu kewujudan kumpulan ni sekitar tahun 1998, mungkin sebab tak ramai yang suka dengar lagu Tamil atau mungkin hanya orang india je yang dengar lagu Tamil. Kumpulan Kashmir stone yang rata rata ahlinya berasal dari Kajang dianggotai oleh Brahma (Vokal/gitar), Arun (Bass/Gitar/Penyanyi latar), Andrian (Gitar utama), Jika (Drum). Semasa interview di radio RFM satu ketika dahulu diorang bagitau diorang letak nama Kashmir Stone sebab diorang suka dengan perkataan Kashmir dan disebabkan diorang minat sangat dengan Rolling Stone maka diletakkan perkataan Stone di hujung nama kumpulan maka jadilah Kashmir Stone.

Rata rata ahli kumpulan ni boleh main lebih dari satu alat muzik dan berbakat mencipta lagu sendiri, contohnya Brahma pada awal penubuhan Kashmir stone bermain drum tapi kemudiannya dia menjadi vokalis merangkap pemain gitar. Jika pula selain bermain drum beliau juga mengajar bermain alat muzik melayu seperti gendang dan kompang sebagai part time. Arun, sebelum menyertai Kashmir Stone bermain untuk band di gereja mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik dan boleh memainkan apa saja jenis muzik daripada lagu gereja hinggalah ke lagu metal. Andrian pula selain bermain gitar untuk Kashmir Stone adalah merupakan professional studio sessionist dan juga private guitar tutor.

Kalau tak silap aku kumpulan ni sempat keluarkan tiga album iaitu '80s Remix', 'Manga Thoppu' dan 'Nande Kathey', tahun album dikeluarkan aku tek berapa pasti. Banyak lagu diorang yang best antaranya 'Malaysia Makkel' yang selalu dimainkan oleh Isma Halil semasa beliau menjadi DR di THR dulu, boleh dikatakan setiap malam dia pasang lagu 'Malaysia Makkel' ni. Antara lagu lain yang sedap seperti 'Sorgam Naduviley', 'KL City Kulle' dan lagu slow rock seperti 'Rozzana', 'Oh My Love' dan 'Neethane'. Tiga lagu slow rock ni memang tangkap shahdu, kalo tak caya cubalah dengar.

Cuma kesilapan kumpulan ni pada pendapat aku diorang kalo tak silap ada satu je lagu melayu iaitu lagu 'Setiap Malam' tapi lagu ni pun tak sehebat mana kalau nak dibanding dengan 'Rozzana', 'Oh My Love' dan 'Neethane'. Kalau diorang ada banyak lagu melayu yang best macam lagu 'Rozzana', 'Oh Mylove' dan 'Neethane' aku rasa diorang boleh pergi lagi jauh dan mendapat tempat di hati pendengar melayu. Bila dah mendapat tempat boleh la diorang promote lagu tamil diorang pulak. Sebab bukan senang nak jual lagu tamil dekat pendengar Melayu dan bukan senang nak jual lagu rock dekat pendengar India. Apapun, diorang memang layak untuk dipuji kerana masih boleh dianggap berjaya memperjuangkan lagu rock tamil di Malaysia walaupun kejayaannya tak segemilang kumpulan wings atau search.

Selepas Kashmir Stone, Brahma menyertai kumpulan rock tamil baru iaitu Rajhula pada tahun 2008 dan keluar dari kumpulan tersebut pada penghujung tahun 2008 dan takde berita terbaru mengenai beliau hingga sekarang.

Kashmir Stone - Rozzana

Kashmir Stone - Oh My Love

Monday, January 2, 2012

Garuda

Selain daripada menjadi maskot pasukan dan syarikat penerbangan Indonesia, ramai yang tak tahu GARUDA juga merupakan salah sebuah band rockapak dari Malaysia yang pernah muncul sekitar tahun 1991. Nama asal kumpulan ini ialah Farmosa, diasaskan oleh bekas penyanyi Handy Black iaitu Isa Rahman. Dianggotai oleh Isa Rahman (Vokal), Zaini (Gitar), Man Tobey (Bass) dan Yem Sambora (Drum). Man Tobey adalah pemain bass asal kumpulan XPDC sebelum Azuar, beliau juga pernah menyertai kumpulan meditasi. Manakala Yem sambora pula selepas kumpulan Garuda berpecah beliau menyertai kumpulan Crossfire dalam album espirit de corp. Kumpulan Garuda sempat mengeluarkan satu album pada tahun 1991 berjudul 'Bahtera Mahkota' diterbitkan oleh Samad Mean. Antara lagu hits mereka Bahtera Mahkuta, Rahsia Tapi Nyata, Terpijak di Bumi yang Nyata dan banyak lagi. Ramai juga komposer hebat yang menjayakan album diorang ni antaranya Ramli Sarip, Samad, Man Kidal dan Arab. Tapi entah kenapa kumpulan ini berpecah sebelum sempat mengeluarkan album ke-dua, anggota kumpulan ini membawa haluan masing-masing dan Isa Rahman membuat album solo pertama beliau berjudul Isa Rahman pada tahun 1992.

Download
Garuda - Bahtera Mahkota (1991)