Monday, February 13, 2012

Kashmir Stone

Ramai yang tak tahu kewujudan kumpulan ni sekitar tahun 1998, mungkin sebab tak ramai yang suka dengar lagu Tamil atau mungkin hanya orang india je yang dengar lagu Tamil. Kumpulan Kashmir stone yang rata rata ahlinya berasal dari Kajang dianggotai oleh Brahma (Vokal/gitar), Arun (Bass/Gitar/Penyanyi latar), Andrian (Gitar utama), Jika (Drum). Semasa interview di radio RFM satu ketika dahulu diorang bagitau diorang letak nama Kashmir Stone sebab diorang suka dengan perkataan Kashmir dan disebabkan diorang minat sangat dengan Rolling Stone maka diletakkan perkataan Stone di hujung nama kumpulan maka jadilah Kashmir Stone.

Rata rata ahli kumpulan ni boleh main lebih dari satu alat muzik dan berbakat mencipta lagu sendiri, contohnya Brahma pada awal penubuhan Kashmir stone bermain drum tapi kemudiannya dia menjadi vokalis merangkap pemain gitar. Jika pula selain bermain drum beliau juga mengajar bermain alat muzik melayu seperti gendang dan kompang sebagai part time. Arun, sebelum menyertai Kashmir Stone bermain untuk band di gereja mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik dan boleh memainkan apa saja jenis muzik daripada lagu gereja hinggalah ke lagu metal. Andrian pula selain bermain gitar untuk Kashmir Stone adalah merupakan professional studio sessionist dan juga private guitar tutor.

Kalau tak silap aku kumpulan ni sempat keluarkan tiga album iaitu '80s Remix', 'Manga Thoppu' dan 'Nande Kathey', tahun album dikeluarkan aku tek berapa pasti. Banyak lagu diorang yang best antaranya 'Malaysia Makkel' yang selalu dimainkan oleh Isma Halil semasa beliau menjadi DR di THR dulu, boleh dikatakan setiap malam dia pasang lagu 'Malaysia Makkel' ni. Antara lagu lain yang sedap seperti 'Sorgam Naduviley', 'KL City Kulle' dan lagu slow rock seperti 'Rozzana', 'Oh My Love' dan 'Neethane'. Tiga lagu slow rock ni memang tangkap shahdu, kalo tak caya cubalah dengar.

Cuma kesilapan kumpulan ni pada pendapat aku diorang kalo tak silap ada satu je lagu melayu iaitu lagu 'Setiap Malam' tapi lagu ni pun tak sehebat mana kalau nak dibanding dengan 'Rozzana', 'Oh My Love' dan 'Neethane'. Kalau diorang ada banyak lagu melayu yang best macam lagu 'Rozzana', 'Oh Mylove' dan 'Neethane' aku rasa diorang boleh pergi lagi jauh dan mendapat tempat di hati pendengar melayu. Bila dah mendapat tempat boleh la diorang promote lagu tamil diorang pulak. Sebab bukan senang nak jual lagu tamil dekat pendengar Melayu dan bukan senang nak jual lagu rock dekat pendengar India. Apapun, diorang memang layak untuk dipuji kerana masih boleh dianggap berjaya memperjuangkan lagu rock tamil di Malaysia walaupun kejayaannya tak segemilang kumpulan wings atau search.

Selepas Kashmir Stone, Brahma menyertai kumpulan rock tamil baru iaitu Rajhula pada tahun 2008 dan keluar dari kumpulan tersebut pada penghujung tahun 2008 dan takde berita terbaru mengenai beliau hingga sekarang.

Kashmir Stone - Rozzana

Kashmir Stone - Oh My Love

No comments: