Friday, June 22, 2012

The Goodman Brothers

Masa aku skolah dulu, mat mat rock area kampung aku selalu minum whisky cap Goodman. Aku ada jugak sesekali join diorang melepak sebab nak dengar diorang main gitar. Tapi aku tak pernah la join diorang minum. Suatu hari tu diorang sebut pasal kumpulan The Goodman Brothers, aku tergelak sampai senak perut. Aku ingat diorang reka je nama kumpulan tu, tapi rupanya kumpulan The Goodman Brothers memang wujud. Bila tau kumpulan ni memang wujud, aku teringin sangat nak dengar lagu diorang. mcm mana la agaknya lagu diorang. Tapi di zaman kaset masa tu dan internet yang belum nak berkembang, memang susah nak cari lagu kumpulan ni. 

Kumpulan The Goodman Brothers berasal dari Singapura, diasaskan oleh Abang Mokhtar pada tahun 1972. Kumpulan ini terdiri daripada Abang Mokhtar sebagai gitaris merangkap vokalis utama, N. Nizar sebagai pemain keyboard dan juga vokalis, Bong Itam sebagai basis dan juga vokalis, Om Omar sebagai pemain drum dan Nona Reybina sebagai vokalis wanita.

Setahu aku diorang ada banyak album, tapi yang aku tau lapan je iaitu "Apalah Daya Orang Tak Suka", "Kong Kali Kong", "Mulut Orang (1982)", "Zaman Perang Jepun", "Semua duit/Sakit Kencing Manis", "Engkau Tahu Aku Tahu (1982)", "Baju Kebaya Kerja Berat (1980)", "Sayang Abang (1980)".

Istimewanya kumpulan ni, hampir keseluruhan lagu dalam album diorang adalah hasil ciptaan ahli kumpulan ini sendiri. Antara lagu popular kumpulan ni ialah "Apalah Daya Orang Tak Suka", "Kong Kali Kong", "Dara Bersedih", "Di Hari Persandinganmu", "Mertua dan Menantu" dan banyak lagi lah.

Pengasas kumpulan The Goodman Brothers iaitu Abang Mokhtar atau nama sebenar Mohd Mokhtar Othman meninggal dunia pada tahun 2009 pada usia 58 tahun meniggalkan seorang balu warga indonesia iaitu Yusnani M Tanius dan empat orang anak. Beliau meninggal di Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat serangan jantung. Ramai yang menyangka Abang Mokhtar dan Hang Mokhtar adalah orang yang sama, sebenarnya kedua duanya adalah individu yang berlainan. Allahyarham Abang Mokhtar dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kebun Teh, Larkin.

Download:

No comments: