Saturday, January 16, 2010

Andrian

Sungguh Bahagia Hidup Ini
ayah dan ibu disisiku
dipeluk dicium
dibelai dimanja
dipuja dengan kasih sayang

Hari berganti berbilang tahun
bahagia menjelma bencana
ayah di timur ibu di barat
perceraian membawa kehancuran

oh ayah dan ibu
tidakkah kau merasa rindu...
anakmu yang kini hidup menderita
sendiri...


oh ayah oh ibu
ku mengharap kasih sayangmu
kembalilah....

ayah dan ibu dengarkanlah
anakmu yang ingin bersekolah
tanpa dirimu hidupku hampa
sayangi daku ayah ibu...

Siapa ingat lagi lagu ni? Aku percaya ramai yang tau lagu ni terutama sekali kanak kanak 80an dan mesti macam macam kenangan korang dengan lagu ni. Lagu ni berjudul 'Sayangi Daku' pernah popular pada tahun 1987 dinyanyikan oleh Andrian yang masa tu baru berumur 7 tahun. Aku pernah dengar lagu ni masa kecik dulu tapi aku tak ingat part yang dia nyanyi sambil nangis dalam lagu ni.

Andrian atau nama betulnye Andrian Shah Andy merupakan anak kepada penyanyi Allahyarham Andy Yunus dan penyanyi Indonesia Ade Nirmala yang popular dengan filem 'Dendang Perantau' tahun 1979.

Beliau mula menyanyi pada usia 7 tahun dan lagu hits pertamanya ialah 'Sayangi Daku'. Yang aku tau Andrian sempat keluarkan 5 album masa zaman tu iaitu Andrian, Jeritan Anak, Sambal Belacan, Andrian's plus, dan Pendekar Silat. Lagu lain yang popular ialah Cinta Malaysia, Sambal Belacan, Doa Ibu, Nasib si buta, Ayah dll.

Pada tahun 2000 Andrian kembali aktif dalam dunia muzik dan kali ni beliau muncul bersama kumpulan dinamakan '&rian's band' dan sempat popular dengan lagu 'Maafkanlah Sekali Lagi' lepas tu menyepikan diri semula. Album tak laku kot.

Aku try search video klip 'Sayangi Daku' kat youtube tapi tak jumpa. Yang ada video 'Cinta Malaysia' je. Sesiapa yang nak dengar MP3 andrian boleh download kat link kat bwh ni. sekian.

*Gambar kredit to Sezali1970.multiply.com



Adrian - Koleksi Hits
1- Sayangi Daku
2- Doa Ibu
3- Si Tanggang
4- Nasib si Buta
5- Berjoget Dangdut
6- Tari Gembira
7- Jeritan Anak
8- Burung Kakak Tua
9- Ali Baba
10- Sambal Belacan
11- Ayah
12- Yatim Piatu

Download:
part 1
part 2

20 comments:

Dak Wan said...

Ini anak Andy Lala kan? Dah beso dak nie....

bukan nama sebenar said...

wahh...1987...time tu saye baru 2 tahun...tapi entah kenapa rasanya lagu "sayangi daku" tu fofuler sangat sampai ke awal2 taon '90an...sempat la sing-a-long lagu ni dulu...hehe...

rasanya dier menangis kat part ni:
"oh ayah dan ibu
tidakkah kau merasa rindu...
anakmu yang kini hidup menderita
sendiri..."

=)

Sembrol @Ryusgnal said...

Bukan anak Any Lala Dak Wan, anak arwah Andy yunus yang pernah popular dengan lagu 'putus asa seorang gadis'.

dia nangis part ni la:

"oh ayah oh ibu
ku mengharap kasih sayangmu
kembalilah...."

bila dengar balik mp3 baru ingat.

sukiminna said...

hoho..xbape nak dengar la sound yang youtube tu..

Sembrol @Ryusgnal said...

ha ah. kena kuatkan volume. video dia mmg bunyi slow. Video kredit to abangcantik.

en_me said...

retro tewww..

pak dogol said...

ni kiranya pada zaman remaja pak dogol la ni..

si adrian ni berjaya pecahkan keglamouran si anuar dan elina..

muahaha!

hamba said...

Sila gunakan alamat saya yg ini

http://mypoem-hamba.blogspot.com

MULYONO said...

blogwalking mampir sekalian tukaran link banner and follow yuk

zella said...

prnah dgr lagu ni time kecik2 dulu heheheh

berteromber said...

nice blog bro...rock on!

rock said...

&rians band time tu yg pecahkn pasaran utk alternative rock sebelum sheila on7 masuk m'sia lagi. sebelum tu band2 macam oag,butterfingers,floppoppy semua masih nyanyi lagu inggeris.tapi sayang la,time tgh road tour dgn penyanyi lain,&rians band accident pulak.aku tgk kat majalah muka depan tgk diorg berdarah2..diorg punya driver meninggal..lepas tu diorg terus slow..

rock said...

oh ya...ada tak sesaper tau website aper utk cari lagu2 andrian?
aku nak download la...

Sembrol @Ryusgnal said...

Lagu andrian masa kecik ke lagu &drians band encik Rock?

Ella said...

Rock: salah info tu..sheila on 7 masuk Malaysia dulu (2000, famous dengan lagu Dan.. lepas tu baru muncul &rians Band.

lagi peristiwa duka adalah masa tahun 90an..salah sorang penari Andrian iaitu adik kepada Haleeda mati lemas (di Teluk Chempedak rasanya(

Arthur said...

Sembrol @Ryusgnal : Ada tak lagu Andrian - Terima Kasih Oh Guru2 Ku.(lebih kurang macam ni chorus dia). TQ

rzn said...

latest aku baca dlm satu majalah (rottw rasanya) dia ada buat satu band grunge bernama 'nevermind'. penahla masuk xfm kejap tahun 2004-2005 dulu. lepas tu senyap

RedRoza said...

mana boleh lupa lagu nih. lagu feveret zaman kecik. ape citer dia nagn adik dia fifi tu ye.
lagu oh ayah oh ibu nih mmg tangkap leleh masa tu...

Sabri Abdullah said...

syukur lah aku masih dapat dengar lagu ni' sebenarnya banyak sejarah dengan lagu ni,sebenarnya aku sendiri masa kecil2 dulu pernah menyanyi lagu ni bersama andrian sendiri, dan semasa aku menyanyi lagu ni pungutan derma dari org ramai mencecah rm2000 semasa hari terbuka rumah kanak2 tengku ampuan fatimah kuantan pahang. dan lagu ni lah aku menjadi anak angkat kepada menteri besar pahang Dato khalil yaccob dan kini sebagai TYT negeri melaka. sampai sekrang sari kata lagu ni tidk pernah hilang dari minda saya, insaallah lagu ni akan ku turun kan pada anak aku sendiri,

Monsieur ZL said...

x sngke plak die ni pyanyi sjak kecik.. sbb aku tau die ni ikut lagu die yg pnah femes kt radio era time 2001 mcm tu adlh lgu maafkan sekali lagi..