Saturday, May 2, 2020

Ukays


Kumpulan Ukays ditubuhkan sekitar tahun 1989, di mana di waktu itu, bernaung di bawah label Varia Music. Album pertama mereka diterbitkan oleh Saari Amri. Kelemahan vokal sewaktu rakaman adalah merupakan salah satu faktor album tersebut gagal di pasaran. Jualannya tak pun sampai 1000 keping. kegagalan tersebut menyebabkan kumpulan Ukay terumbang ambing dan pada masa yang sama syarikat Varia Music menghadapi krisis kewangan dan terpaksa ditutup. Selang beberapa tahun, Saari Amri telah bergabung tenaga bersama Ridhuan Abu Bakar untuk menubuhkan 'production house' mereka sendiri Mekar Productions Sdn Bhd dan kumpulan Ukay telah diberi peluang untuk menjadi artis pertama di bawah naungan Mekar Productions. Ketika itu, Kumpulan Ukay tidak mempunyai penyanyi kerana penyanyi asal mereka terpaksa digugurkan. Lantas, Saari Amri memasukkan Amir bekas panyanyi utama Kumpulan Analisa dan nama Ukay ditambah huruf 'S' menjadikannya 'Ukays'. Semuanya berjalan dengan lancar dan Mekar production Sdn Bhd berjaya menerbitkan album pertama Ukays yang berjudul 'Mencari'. Walaupun boleh dikatakan keseluruhan lagu dalam album 'Mencari' agak bagus, namun smabutannya tak seperti yang diharapkan. Pihak Mekar Production terpaksa menanggung kerugian. Berbekalkan semangat dan kesungguhan Mekar Productions, album kedua Ukays diteruskan. Sungguh tidak disangka, satu nama yang tidak pernah dikenali, album yang kedua ini benar-benar mencipta sejarah, enjualannya melebihi 330,000 unit. Kejayaan demi kejayaan dikecapi, ahli kumpulan Ukays mula berubah sikap. Kalau dulu penuh sopan, saling menghormati tapi kini tidak lagi. Mereka mula mempersoalkan tentang royalty. Mereka sudah mula 'demand'. Mekar productions bersetuju menaikkan kadar royalti mereka, daripada 50 sen kepada 75 sen. Di Malaysia, bayaran 75 sen sudah cukup tinggi untuk kumpulan yang mempunyai dua album seperti Ukays. Namun kumpulan Ukays masih tidak puas hati. Lalu mereka telah bertindak keluar dari Mekar Productions walaupun pihak Mekar cuba memujuk agar bersabar dan memberi masa untuk mereka berfikir dan berbincang. Setelah perbincangan dibuat, cuma Amir selaku vokal dan Amy selaku pemain gitar yang masih setia untuk terus bersama Mekar Productions. Dan tanpa membuang masa, Mekar Productions terus mencari pengganti ahli kumpulan yang lain. Ternyata Amir dan Amy lebih serasi bersama kumpulanyang baru. Beberapa minggu kemudian anggota lama Ukays datang berbincang untuk merujuk kembali dan tanpa perlu difikirkan, Saari dan Ridhuan menolak rujukan mereka. Malah bekas anggota Ukays diarahkan untuk membayar balik baki royalti sebanyak RM10,000. Seperti mana yang dipersetujui dalam kontrak, sesiapa yang melanggar kontrak harus membayar gantirugi sebanyak RM30,000. Selepas itu album ketiga, "Tajam Menikam" berada di pasaran dengan memperkenalkan 3 anggota baru. Sambutan album ini juga begitu memeranjatkan kerana dalam tempoh 4 bulan jualannya mencecah 250,000 unit. Pihak Mekar Productions sungguh bangga dengan kejayaan ini walaupun terpaksa menempuh pelbagai masalah dan kerenah artis. Untuk menghargai kesetiaan dan sokongan semua peminat kumpulan Ukays tidak kira di mana jua, Pihak Mekar Production menerbitkan sebuah album kompilasi dengan mengumpulan 24 lagu-lagu terbaik Ukays dalam satu album iaitu Ukays suatu ketika.
Cover depan album Suatu Ketika

~Petikan sejarah kumpulan Ukays ini adalah seperti yang diceritakan dalam album Suatu Ketika~

No comments: