Ella bersama kumpulan The Boys bertahan selama 3 tahun sahaja dan kemudian membawa haluan sendiri menyanyi secara solo dan keluar dengan album solo pertamanya 'Pengemis Cinta' dan lepastu rasanye Ella lebih popular daripada kumpulan The Boys. Sementara itu kumpulan The Boys keluar dengan penyanyi barunye Shima yang juga tak bertahan lama dengan kumpulan tersebut. kalau tak silap shima keluar satu album sahaja dengan kumpulan tersebut iaitu 'Kelkatu Gugur Sayapnya' dan kemudian keluar solo dan lebih berjaya dengan album solo.
Kumpulan The Boys yang dah dua Kali kehilangan penyanyi perempuan memang tak serik dengan penyanyi perempuan, sebab itu dah jadi tredemark diorang kot. Penyanyi diorang yang berikutnya ialah Tia. Sempat keluar satu album tapi aku tak ingat apa tanjuk album dia. tapi kali ni diorang tukar nama band kepada Lord Justice. aku rasa album ni tak berjaya langsung pun sbb aku tak pernah jumpa album ni kat kedai mahupun pun kat tenet tapi aku pernah baca kat URTV lama.
Pada tahun 1998 Lord keluar balik selepas lama menyepi dan masih mengekalkan nama Lord Justice. Kali ni dengan penyanyi Moshek (kalu tak silap aku nama betul dia Norhayati, mcm mana boleh jadi Moshek ntah). Fist time korang dengar suara dia mesti korang ingat lelaki yang nyanyi heh heh. Kalau ada masa nanti aku up album dia. sekarang aku jarang upload sebab internet slow giler, buat sakit hati je upload. Sekarang aku kasi korang album first kumpulan The Boys bersama Ella. Moshek pernah keluar satu album berjudul Buldozer, lagu paling aku suka 'Pesanan Tok Moyok' Gothik sket la he he.
Ella & The Boys - Ella & The Boys
Download
1 comment:
assalam...
maaf bro wa rsa album Lord Justice 1993 berjodol Bebas tu mmg vocalist adalah Yattie Moshek...album tersebut pada masa itu ada dimana² kedai kaset dan cd manakala album Lord Justice 1998 yg lu kata tu rsanya tidak wujud...yg ada hanyalah album solo Yattie Moshek yg mengandungi lagu Pesan Tok Moyok yg lu sebut tada..
Post a Comment