Saturday, July 23, 2011

Teja

Kumpulan Teja berasal dari negeri mana aku tak berapa pasti tapi maybe Ipoh Perak sebab penyanyi dia orang Perak kalau tak silap. Kumpulan ni asalnya adalah kumpulan Fantasia yang ditubuhkan pada tahun 1988 dan ditukar nama kepada Teja pada tahun 1991 selepas penyanyinya mengundurkan diri dan diganti oleh Rashid Teja.

Teja sempat menghasilkan dua buah album iaitu 'Teja' dan 'Laungan Suci'. Album Teja asalnya adalah album ke-4 kumpulan gersang yang tak dapat diteruskan disebabkan ketiadaan penyanyi mereka iaitu Man Bai kerana Sakit Tonsil. Kumpulan Gersang sempat merakamkan muzik untuk semua lagu dalam album tersebut tetapi berpecah sementara menunggu Man Bai pulih dari sakit dan album tersebut diserahkan kepada kumpulan Teja pada tahun 1991.

Antara lagu yang popular dalam album sulung mereka ialah 'Kau yang tak mengerti', 'Belayar dalam perut paus' dan 'Kenangan semusim cinta'. Ahli kumpulan Teja pada masa ni ialah Rashid (Penyanyi), Zul (gitar), Empy (Bass), Syed (Gitar) & Lan (Drum).

Setahun kemudian Lan dan Zul mengundur diri dan tempat mereka diganti oleh Din (Gitar )& Dino (Drum). Kemudian keluarlah album mereka yang ke-2 iaitu Laungan Suci pada tahun 1992. Antara lagu best ialah 'Kenangan di Taman Cinta' dan 'Laungan Suci'.

Bila dan kenapa kumpulan ini berpecah tidak dapat dikenalpasti. Rashid dan adiknya Indra menubuhkan duo yang diberi nama twins. Sedap jugak lagu diorang antaranya 'kita adalah kita' dan 'satu selamanya' namun mungkin disebabkan kurang mendapat sambutan kumpulan ni tak bertahan lama.

Download

7 comments:

soooooour said...

belayar dalam perut paus??ada ke lagu tu??aq x pernah dengar pun..hahaha..

Sembrol @Ryusgnal said...

Ada la Sour... bole download kat sini: http://www.4shared.com/audio/DzXC6srO/03_Belayar_Dalam_Perut_Paus.html

hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock said...

teja ...kenangan di taman cinta

excellence!

Elie Lily said...

tak kenal! mybe time dorg tgh gemilang, eile tak lahir lagik! T_T

Web mdmk said...

Nice info

Mrs.Yie said...

nak mintak tuan blog ni review pasal kumpulan alfa..

Irfan Hakimi said...

brade lu salah inform Teja bukan kumpulan Fantasia yg lu ckap tukar nama kepada TEJA lagi satu album "TEJA" bukan album yg dihasilkan kumpulan GERSANG.