Wednesday, March 12, 2008

Lefthanded















Kumpulan The Lefthanded adalah sebuah kumpulan penyanyi rock Malaysia yang mula dikenali semenjak tahun 1983 setelah menyertai Juara Rock 1983 pada tahun 1983. Kumpulan ini kemudiannya menukarkan nama kepada kumpulan Lefthanded yang diambil sempena pemain gitar utama mereka yang bermain gitar menggunakan tangan kidal. Sebelum merakamkan album, mereka sudahpun aktif di pentas hiburan dan sering menjadi band pengiring antaranya kepada Ramli Sarip dan Rahim Maarof. Pada asalnya penyanyi Roy atau Rauzan Alwi (kini terkenal penyanyi lagu patriotik) merupakan penyanyi utama kumpulan ini sebelum Nash. Yan dan Man Kidal pula menyertai Search dan sempat bersama merakamkan album Search berjudul "Cinta Buatan Malaysia" pada tahun 1985. Apabila tempat mereka digantikan oleh Hillary Ang dan Nasir Daud yang kembali kepada Search. Mereka pula kembali Mengaktifkan Lefthanded dengan munculnya album sulung "Keadilan" pada tahun 1986 yang benar benar menghangatkan dunia seni muzik tanahair dengan sentuhan penerbit dan penggubah lagu Raja Rock Ramli Sarip. Yan juga turut menyumbangkan suara dalam album Seruan pada lagu Ringan berat. Dalam album kedua mereka, Seuan yang diternitkan pada 1987 mereka menambah anggota kepada 6 orang apabila Isa daripada kumpulan Lizard masuk dan membawa elemen keyboard di dalam lagu Lefthanded. Di dalam album Evolusi (1989) kematangan mereka terserlah pada lagu lagu yang dimainkan. Selepas album evolusi Nash meninggalkan Lefthanded dan tempatnya digantikan buat sementara oleh penerbit album mereka sendiri Ramli Sarip. Ramli Sarip sanggup mengambil tempat Nash kerana tidak mahu kumpulan tersebut berkubur begitu sahaja. Beiau sempat merakamkan sebuah album berjudul Fanatisme . kemudian Yan pula meninggalkan mereka untuk menyertai semula kumpulan Search yang pernah dianggotainya dahulu. Selepas itu Penyanyi Arab masuk mengambil tempat Ramli Sarip dan cuba menghidupkan kembali Lefthanded dalam album Nafas tetapi Lefthanded seakan telah hilang sengatnya kerana anggota asal sudah tiada lagi dan Man Kidal pula meninggalkan mereka kerana sibuk dengan kerja kerja rakaman antaranya Ella dan Crossfire.

**Source: Sezali1970.multiply.com

Download Album Lefthanded:

Keadilan (Low Q):
Part 1
Part 2

Keadilan (Better Q):
Part 1
Part 2

Seruan:
Part 1
Part 2