Kumpulan Masa terdiri daripada zulkifli Mat Amin (Vocal), Lan (gitar), Mazwan (Gitar), Madi (Bass) dan Saiful (Drum). Kumpulan ini berasal dari Pahang dan nama asal kumpulan ini ialah Scarecrow. Oleh kerana pada masa tersebut kerajaan melalui RTM menggalakkan penggunaan nama kumpulan dalam bahasa melayu, maka kumpulan ini menurkan nama mereka kepada Masa Scarecrow. Sama kes macam kumpulan Desire yang menukar nama kepada Nobat. Perjalanan seni kumpulan ini penuh dengan kisah dan tragedi, antaranya kisah kematian pemain gitar dan penyanyi kumpulan ni, semuanya telah diceritakan dalam blog sahabat aku CROMIRAMA. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut silalah ke blog sahabat aku ni melalui klik di sini.Friday, October 14, 2011
Masa Scarecrow
Kumpulan Masa terdiri daripada zulkifli Mat Amin (Vocal), Lan (gitar), Mazwan (Gitar), Madi (Bass) dan Saiful (Drum). Kumpulan ini berasal dari Pahang dan nama asal kumpulan ini ialah Scarecrow. Oleh kerana pada masa tersebut kerajaan melalui RTM menggalakkan penggunaan nama kumpulan dalam bahasa melayu, maka kumpulan ini menurkan nama mereka kepada Masa Scarecrow. Sama kes macam kumpulan Desire yang menukar nama kepada Nobat. Perjalanan seni kumpulan ini penuh dengan kisah dan tragedi, antaranya kisah kematian pemain gitar dan penyanyi kumpulan ni, semuanya telah diceritakan dalam blog sahabat aku CROMIRAMA. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut silalah ke blog sahabat aku ni melalui klik di sini.Friday, September 16, 2011
M.A.Y
Saturday, July 23, 2011
Teja
Kumpulan Teja berasal dari negeri mana aku tak berapa pasti tapi maybe Ipoh Perak sebab penyanyi dia orang Perak kalau tak silap. Kumpulan ni asalnya adalah kumpulan Fantasia yang ditubuhkan pada tahun 1988 dan ditukar nama kepada Teja pada tahun 1991 selepas penyanyinya mengundurkan diri dan diganti oleh Rashid Teja. Saturday, June 25, 2011
Alleycats

Saturday, May 28, 2011
UKays

Semuanya bermula apabila kumpulan ini ditubuhkan pada tahun1989 dan diberi nama Ukay. Album pertama mereka iaitu Tinggal Irama dibawah label Varia Music dan diterbitkan pada 1991 oleh Saari Amri seorang komposer hebat Malaysia yang masih baru ketika itu.Namun vokal yang tidak mantap mengakibatkan album itu tidak mendapat sambutan dan jualannya tidak sampai 1000 keping. Kumpulan ini terumbang ambing dan pada masa yang sama syarikat Varia Music telah ditutup.
Beberapa tahun selepas itu Saari Amri membuka syarikatnya sendiri yang dikongsi bersama dengan Ridhuan Abu Bakar iaitu Mekar Production . Pada waktu itu Ukay menjadi artis pertama Mekar Production. Pada ketika itu band ini tiada penyanyi kerana rata - ratanya tidak memenuhi kehendak Saari Amri. Maka Saari telah menjemput Amir dari kumpulan Analisa menjadi vokal utama kumpulan ini. Pada waktu yang sama juga kumpulan Ukay telah di tambah huruf 's' menjadi Ukays dengan kemasukan Amir maka mereka melahirkan album bertajuk Mencari tetapi malangnya album ini juga tidak mendapat sambutan dan syarikat Mekar Production terpaksa menanggung kerugian. Album Mencari di edarkan pada 17.2.1993 dan terjual sebanyak 15, 000 unit sahaja. Penerbit Saari Amri diterbitkan oleh Mekar Production dan diedarkan oleh BMG Music Pacific. Sejarah tercipta pada tahun 1994 apabila Saari Amri telah menerbitkan album ke dua Ukays berjudul Bisa Berbisa pada tahun 1994. Jualan album ini sungguh memeranjatkan dimana ia telah terjual pada ketika itu sebayak 350,000 unit. Itu adalah jualan album terbanyak di Malaysia sebelum rekod mereka dipecahkan oleh Raihan (Puji-Pujian/600,000 unit). Ukays berjaya bersaing dengan band besar seperti Wings dan Search. Tarikh sebenar album diedarkan pada 26.4.94. Hampir ke semua lagu di dalam album ini keluar di corong radio. Antara lagu yang popular ialah Seksa, Kau Satu-Satunya, Siapa Yang Rampas Cintamu, Di Sana Menanti Di Sini Menunggu. Namun masalah baru timbul apabila ahli-ahli kumpulan ini mula meminta bayaran royalti yang lebih. Kontrak asal rm0.50 namun Mekar telah menaikkan harga setiap album royalti kepada rm0.75. tetapi ahli-ahli kumpulan ini masih tidak berpuas hati dan menarik diri dari kumpulan Ukays. Akhirnya yang tinggal ketika itu hanyalah Amir-vokal dan Amy-pemain gitar. Kemudian pihak Mekar mencari ahli-ahli baru untuk kumpulan ini dan bertemu dengan Amirol-pemain drum, Olley-pemain bass dan Daniel-pemain gitar.Beberapa minggu selepas itu anggota asal Ukays datang berbincang dengan Saari Amri untuk menyertai Ukays semula namun ianya telah ditolak.Pihak BMG meminta royalti sebanyak rm10,000, mengikut kontrak sesiapa yang melanggar kontrak perlu membayar rm30,000 tetapi pihak Meekar tak ambil pusing dan ambil hati.Masuk sahaja ahli baru Ukays telah menukar ejaan nama kumpulan kepada U.K'S. Kemudian Saari Amri mengeluarkan album ke 3 U.K'S dinamakan Tajam Menikam pada hujung tahun 1994 iaitu pada 14.12.94. Album ini juga mendapat sambutan yang hangat hingga mencapai jualan 280,000 unit. Dalam tempoh 4 bulan pertama sahaja angka jualan album ke 3 mencecah 250,000 unit. Album U.K's juga turut mendapat tempat yang hebat di pasaran Indonesia di mana album mereka terjual melebihi 700,000 unit di sana. Pencapaian yang sukar di ikuti oleh artis lain sehingga kini. Hampir semua lagu di dalam album Tajam Menikam keluar di corong radio. Antaranya Sebak, Rhythm Si Jantung Hati, Kekasihku, Pahit Akan Manis Akhirnya, Bila Purnama Mengambang.
Pada tahun 1996 sekali lagi Saari Amri menerbitkan album U.K's. Kali ini album mereka dinamakan Panas Berpanjangan yang telah terjual sebanyak 175, ooo unit. Walaupun jumlah jualan lebih rendah berbanding sebelumnya ia masih memegang jualan antara yang tertinggi pada tahun itu. Lagu yang popular dari album ini ialah Permata Hati, Di Luar Kemampuanku, Sesak, Bila Diri Disanyangi, Kekasihku Di Menara dan Iramaku. Namun panas tidak berpanjangan apabila kumpulan ini sekali lagi dilanda masalah dalaman dan menyebabkan kumpulan U.K's menarik diri dari Mekar Production dan bersama dengan Ambang Klasik TV3. Namun Saari Amri berjaya memujuk Amir dan akhirnya Amir kembali kepada bimbingan Saari Amri. Manakala anggota U.K's terus bersama dengan Ambang Klasik dan menubuhkan kumpulan Utama menggunakan Rahmad Mega sebagai vokalis.
Pada tahun 1997 Saari Amri menerbitkan album ke 5 U.K'S yang diberikan judul Cuma Aku Yang Hidup dan telah terjual sebanyak 100, 000 unit. Album ini diterbitkan oleh Kumbang Production bukan lagi syarikat Mekar Production tetapi masih menggunakan BMG Music sebagai pengedar. Album ini juga memperkenalkan anggota baru U.K's. Album ini kurang mendapat sambutan akibat krisis ekonomi ketika iti dan juga masalah cetak rompak. Lagu yang popular dari album ini ialah Kerana Pepatah Lukaku Berdarah.
Sunday, August 22, 2010
Penyengat
"Kumpulan penyengat tertubuhnya pada tahun1986 dimana Syarikat Recording FGM melamar 4 anak muda diketuai oleh Zaini, Zul, Che Din dan Zam. Kini semua angota telah membawa haluan masing2 oleh kerana ketidakstabilan industri muzik pada masa itu. Ketua kumpulan ini iaitu zaini baru2 ini telah merakamkan 4 lagu ciptaan beliau atas dorongan kawan2. Beliau ingin menyiapkan 6 buah lagi lagu sebelum membuat persediaan rancangan seterusnya." - kredit to Remo.Tak banyak yang diketahui pasal kumpulan ni sebab memang rare abis. Aku pun first time dengar kumpulan ni masa tingkatan 4, tu pun tengok gambar je, kaset memang tak pernah jumpa. Aku ingat kumpulan ni sampai sekarang sebab namanya yang unik sometimes klaka pun ada tapi lagu diorang boleh tahan gak. Ntah macam mana tadi aku teringat kat kumpulan ni, aku pun cari lah lagu diorang, dapat dua lagu je. Siapa ada full album boleh lah share.
Kumpulan ditubuhkan oleh penyanyi kumpulan ini (Zaini) pada tahun 1987 dan hanya sempat merakamkan satu album sahaja iaitu 'istilah kasih' diterbitkan oleh saudara Jose Thomas dan beberapa lagu dalam album ini dicipta oleh diorang sendiri.
Download
Penyengat - Penyengat & Istilah Kasih