Saturday, May 28, 2011

UKays

Apa yang aku ingat pasal kumpulan UKays atau UK's ni diorang pernah popular sekitar tahun 1995-1997 time tu aku sekolah menengah lagi. Diorang ni naik sekali dengan kumpulan slam, visa dan sebagainye dan kebanyakan lagu popular diorang adalah hasil karya Saari Amri. Aku pun x berapa arif pasal asal usul diorang ni yang aku ingat time diorang popular dulu setiap kali kenduri kawen mesti pasang lagu UKays ha ha. Dengan itu aku copy paste saje lah info & sejarah kumpulan ni yang aku amik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/U.K's.

Semuanya bermula apabila kumpulan ini ditubuhkan pada tahun1989 dan diberi nama Ukay. Album pertama mereka iaitu Tinggal Irama dibawah label Varia Music dan diterbitkan pada 1991 oleh Saari Amri seorang komposer hebat Malaysia yang masih baru ketika itu.Namun vokal yang tidak mantap mengakibatkan album itu tidak mendapat sambutan dan jualannya tidak sampai 1000 keping. Kumpulan ini terumbang ambing dan pada masa yang sama syarikat Varia Music telah ditutup.

Beberapa tahun selepas itu Saari Amri membuka syarikatnya sendiri yang dikongsi bersama dengan Ridhuan Abu Bakar iaitu Mekar Production . Pada waktu itu Ukay menjadi artis pertama Mekar Production. Pada ketika itu band ini tiada penyanyi kerana rata - ratanya tidak memenuhi kehendak Saari Amri. Maka Saari telah menjemput Amir dari kumpulan Analisa menjadi vokal utama kumpulan ini. Pada waktu yang sama juga kumpulan Ukay telah di tambah huruf 's' menjadi Ukays dengan kemasukan Amir maka mereka melahirkan album bertajuk Mencari tetapi malangnya album ini juga tidak mendapat sambutan dan syarikat Mekar Production terpaksa menanggung kerugian. Album Mencari di edarkan pada 17.2.1993 dan terjual sebanyak 15, 000 unit sahaja. Penerbit Saari Amri diterbitkan oleh Mekar Production dan diedarkan oleh BMG Music Pacific. Sejarah tercipta pada tahun 1994 apabila Saari Amri telah menerbitkan album ke dua Ukays berjudul Bisa Berbisa pada tahun 1994. Jualan album ini sungguh memeranjatkan dimana ia telah terjual pada ketika itu sebayak 350,000 unit. Itu adalah jualan album terbanyak di Malaysia sebelum rekod mereka dipecahkan oleh Raihan (Puji-Pujian/600,000 unit). Ukays berjaya bersaing dengan band besar seperti Wings dan Search. Tarikh sebenar album diedarkan pada 26.4.94. Hampir ke semua lagu di dalam album ini keluar di corong radio. Antara lagu yang popular ialah Seksa, Kau Satu-Satunya, Siapa Yang Rampas Cintamu, Di Sana Menanti Di Sini Menunggu. Namun masalah baru timbul apabila ahli-ahli kumpulan ini mula meminta bayaran royalti yang lebih. Kontrak asal rm0.50 namun Mekar telah menaikkan harga setiap album royalti kepada rm0.75. tetapi ahli-ahli kumpulan ini masih tidak berpuas hati dan menarik diri dari kumpulan Ukays. Akhirnya yang tinggal ketika itu hanyalah Amir-vokal dan Amy-pemain gitar. Kemudian pihak Mekar mencari ahli-ahli baru untuk kumpulan ini dan bertemu dengan Amirol-pemain drum, Olley-pemain bass dan Daniel-pemain gitar.Beberapa minggu selepas itu anggota asal Ukays datang berbincang dengan Saari Amri untuk menyertai Ukays semula namun ianya telah ditolak.Pihak BMG meminta royalti sebanyak rm10,000, mengikut kontrak sesiapa yang melanggar kontrak perlu membayar rm30,000 tetapi pihak Meekar tak ambil pusing dan ambil hati.Masuk sahaja ahli baru Ukays telah menukar ejaan nama kumpulan kepada U.K'S. Kemudian Saari Amri mengeluarkan album ke 3 U.K'S dinamakan Tajam Menikam pada hujung tahun 1994 iaitu pada 14.12.94. Album ini juga mendapat sambutan yang hangat hingga mencapai jualan 280,000 unit. Dalam tempoh 4 bulan pertama sahaja angka jualan album ke 3 mencecah 250,000 unit. Album U.K's juga turut mendapat tempat yang hebat di pasaran Indonesia di mana album mereka terjual melebihi 700,000 unit di sana. Pencapaian yang sukar di ikuti oleh artis lain sehingga kini. Hampir semua lagu di dalam album Tajam Menikam keluar di corong radio. Antaranya Sebak, Rhythm Si Jantung Hati, Kekasihku, Pahit Akan Manis Akhirnya, Bila Purnama Mengambang.

Pada tahun 1996 sekali lagi Saari Amri menerbitkan album U.K's. Kali ini album mereka dinamakan Panas Berpanjangan yang telah terjual sebanyak 175, ooo unit. Walaupun jumlah jualan lebih rendah berbanding sebelumnya ia masih memegang jualan antara yang tertinggi pada tahun itu. Lagu yang popular dari album ini ialah Permata Hati, Di Luar Kemampuanku, Sesak, Bila Diri Disanyangi, Kekasihku Di Menara dan Iramaku. Namun panas tidak berpanjangan apabila kumpulan ini sekali lagi dilanda masalah dalaman dan menyebabkan kumpulan U.K's menarik diri dari Mekar Production dan bersama dengan Ambang Klasik TV3. Namun Saari Amri berjaya memujuk Amir dan akhirnya Amir kembali kepada bimbingan Saari Amri. Manakala anggota U.K's terus bersama dengan Ambang Klasik dan menubuhkan kumpulan Utama menggunakan Rahmad Mega sebagai vokalis.

Pada tahun 1997 Saari Amri menerbitkan album ke 5 U.K'S yang diberikan judul Cuma Aku Yang Hidup dan telah terjual sebanyak 100, 000 unit. Album ini diterbitkan oleh Kumbang Production bukan lagi syarikat Mekar Production tetapi masih menggunakan BMG Music sebagai pengedar. Album ini juga memperkenalkan anggota baru U.K's. Album ini kurang mendapat sambutan akibat krisis ekonomi ketika iti dan juga masalah cetak rompak. Lagu yang popular dari album ini ialah Kerana Pepatah Lukaku Berdarah.


Kepada sesiapa yang rindukan kumpulan UKays ataupun tak pernah dengar lagu diorang boleh la download salah satu album diorang iaitu Tajam Menikam.

Dan untuk hiburan bersama kat bawah ni ada video klip lagu Bila Diri Disayangi tribute kepada kumpulan UKays daripada kumpulan The Ghost Teeth Band.



6 comments:

Anonymous said...

nostalgik2...

Mike Thomson said...

TQ atas post ini.. =)
t shirt printing

uLan said...

ameer ukay's........ hee suatu ketika dulu pernah minat giler dengan dorang nie.. lagu tangkap leleh yuuuuuu...

Ghab Van Hal said...

legenddddd...

Ifti said...

Budak tu pun ada bakat terpendam..hehe :)

Unknown said...

lagu depa buat aku cair :)